Sejarawan Yahudi Akui Kini Israel Berada Di Permulaan Pengakhiran

Sejarawan Yahudi Akui Kini Israel Berada Di Permulaan Pengakhiran

 

Sejarawan Yahudi Akui Kini Israel Berada Di Permulaan Pengakhiran

Dunia sedang melihat permulaan kepada pengakhiran projek negara haram Israel, kata sejarawan Israel, Ilan Pappe.

“Israel bukan sahaja sebuah negara, tetapi ia sebuah projek”.



“Ia satu projek penjajahan peneroka (haram)”.

“Dan saya fikir kita sedang melihat permulaan kepada pengakhiran projek ini”.

“Jika kita menggunakan indeks yang melihat kepada kadar ketahanan berdasarkan kemampuan materialnya, Israel dalam keadaan yang baik”.

“Ia cemerlang disebabkan (pergantungan) kepada Amerika Syarikat, jadi ini adalah situasi yang berpotensi untuk berubah”.



“Sebagai sejarawan, saya boleh beritahu kamu bahawa apabila projek seperti penjajahan peneroka (haram) mencapai fasa akhirnya”.

“Malangnya, ia berlangsung dalam jangka masa yang panjang”.

“Ia tidak berlaku dalam sehari dua”.

“Dan masalahnya, sudah tentu mereka boleh menjadi lebih ganas dan tidak berhati perut,” tegas beliau.



Ilan berkata demikian dalam ditemu bual Al Jazeera bersama-sama Cyril Vanier dan beberapa panel lain.

Ilan Pappe merupakan seorang profesor di College of Social Sciences and International Studies, University of Exeter, United Kingdom.

Beliau yang berbangsa Yahudi juga merupakan seorang sejarawan serta pakar di dalam sains politik.

Ilan dilahirkan di Haifa, Israel pernah menjadi pensyarah kanan di Universiti Haifa dari tahun 1984 hingga 2007.



Beliau juga merupakan pengerusi Emil Touma Institute for Palestinian and Israeli Studies di Haifa dari tahun 2000 hingga 2008.

Sejarawan Yahudi Akui Kini Israel Berada Di Permulaan Pengakhiran

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button