Kaji impak larangan kapal ZIM berlabuh di Pelabuhan Klang

Kaji impak larangan kapal ZIM berlabuh di Pelabuhan Klang

Kaji impak larangan kapal ZIM berlabuh di Pelabuhan Klang
KAPAL kargo ZIM dari Israel tidak dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang berkuatkuasa serta-merta.

LEMBAGA Pelabuhan Kelang dan Westports Holdings Bhd akan menilai kesan yang merumitkan berikutan larangan kapal pengendali perkapalan kargo Israel, Zim Integrated Shipping Services Ltd daripada berlabuh di Pelabuhan Klang susulan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kelang, K Subramaniam memberitahu Bernama, pihaknya meneliti kesan ke atas operasi Pelabuhan Klang dan akan memaklumkan kepada media secepat mungkin.

Sementara itu, pegawai Westports berkata, pengendali pelabuhan itu akan mematuhi arahan kerajaan untuk menyekat kapal ZIM dan akan merujuk kepada pihak berkuasa pelabuhan mengenai isu itu.



“Setakat ini, tiada mesyuarat dipanggil kerana keputusan itu dibuat mengejut namun kami percaya akan ada perbincangan antara pengendali dan pihak berkuasa tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Rabu lalu, Anwar memaklumkan Malaysia mengenakan sekatan serta-merta dan tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel masuk ke negara ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bukan Melayu Boleh Jadi PM Kalau…




Pada masa sama, kerajaan juga melarang mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia, katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan yakin semua keputusan itu tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan turut memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam negara berkuat kuasa serta-merta.

Susulan itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook turut berkata, kapal berkaitan Israel yang dijadualkan tiba di Pelabuhan Klang pada 26 Disember 2023 tidak akan dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button