Individu Tuduh Keluarga Farah Lee Berhutang RM130k Minta Maaf
Niat Hanya Mahu Bantu Ayah
Individu Tuduh Keluarga Farah Lee Berhutang RM130k Minta Maaf
Sebelum ini tular di media sosial pendedahan seorang pengguna aplikasi X mendakwa pengacara popular Farah Lee dan keluarga gagal melunaskan hutang arwah bapa berjumlah RM130,000.
Namun, Farah Lee tampil menafikan segala dakwaan yang dibuat individu berkenaan. Pengacara ini juga tak teragak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana reputasinya telah tercalar.
Terbaru, individu itu dan kakaknya membuat satu permohonan maaf secara terbuka kepada Farah Lee serta keluarga.
Dia mengaku memuat naik hantaran dalam keadaan emosi dan menggunakan kata-kata kasar yang mengguris hati.
Namun jelasnya, niatnya baik hanya sekadar mahu membantu bapa. Oleh itu, dia akan menyelesaikan isu ini secara tertutup dan telah menghantar mesej kepada Farah Lee di Instagram.
Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik.
Kredit: Twitter
Individu Tuduh Keluarga Farah Lee Berhutang RM130k Minta Maaf
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Cubaan Merampas Kuasa Berlarutan
- Selepas Dubai Move Gagal, PAS Catur Sanusi Move
- Wanita Sejati Bersuara Jantan Hanya Satu Dalam Sejuta
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :