Sanusi Boleh Terus Bermimpi

Sanusi Boleh Terus Bermimpi

Sanusi Boleh Terus Bermimpi

Dalam ramai-ramai pemimpin Perikatan Nasional, Sanusi Md Nor dilihat satu-satunya pemimpin yang paling kuat berhalusinasi mengenai Langkah Dubai.

Atas kapasiti apa beliau terus membuat spekulasi mengenai Langkah Dubai, penulis tidak pasti.

Jawatan Sanusi di dalam PAS, hanyalah Pengarah Pilihanraya dan sekarang ini bukan lagi musim pilihanraya.



Beliau bukan Naib Presiden PAS, atau pun Timbalan Presiden PAS, jauh sekali sebagai Presiden PAS.

Bagi penulis, kalau pun terdesak untuk menyelamatkan diri dari didakwa di mahkamah, janganlah terlalu berhalusinasi.

Penulis juga faham, Sanusi terlalu berharap agar Kerajaan Perpaduan atau sekurang-kurangnya Anwar tumbang seberapa cepat yang boleh.

Kalau pun 18 Januari kes Sanusi akan mula dibicarakan di mahkamah, biarlah impian itu berpaksikan kepada fakta dan realiti.



Realiti yang terbentang adalah pihak ‘penaja’ Langkah Dubai, keadaan sekarang adalah terlalu berisiko membuat pergerakan wang yang besar.

Untuk membuat ‘bayaran permulaan’ tanda setuju kepada sekurang-kurangnya 40 ahli parlimen, pasti akan membuka mata banyak pihak.

Kalau seorang ahli parlimen dibayar RM1.5 juta pendahuluan, akan berlaku pergerakan RM60 juta kesemuanya.

Kalau hendak dibayar tunai di luar negara, lawatan Pengarah FBI ke Malaysia telah dilihat sebagai satu ancaman besar.



Pihak ‘penaja’ juga dikatakan masih teragak-agak untuk mengeluarkan dana yang begitu besar atas sesuatu yang belum pasti.

Kalau mahu dilakukan undi percaya atau tidak percaya, Parlimen hanya akan mula bersidang pada bulan Februari.

Kalau hendak dibuat melalui Surat Akuan Bersumpah (SD), mesej YDP Agong dan bakal YDP Agong sangat jelas.

YDP Agong sudah bertitah tidak akan melayan sebarang cubaan menjatuhkan kerajaan atau perdana menteri melalui SD.



Manakala bakal YDP Agong sudah memberikan mesej yang sangat jelas bahawa keutamaan baginda adalah kepada lebih 30 juta rakyat Malaysia.

Dan bukannya kepada 222 orang ahli parlimen.

Inilah fakta dan realiti yang boleh dihujahkan mengapa Langkah Dubai gagal.

Jadi Sanusi boleh teruskan bermimpi dan syok sendiri tapi jangan diheret rakyat Malaysia sekali.



Sanusi Boleh Terus Bermimpi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button