Atlet olahraga digantung gara-gara doping

Atlet olahraga digantung gara-gara doping

Atlet olahraga digantung gara-gara doping
SEORANG atlet lompat tinggi negara menggunakan bahan terlarang dan berdepan penggantungan selama dua tahun. – GAMBAR HIASAN

SEORANG atlet lompat tinggi negara menerima padah apabila menerima hukuman penggantungan dan tidak dibenar terlibat dalam sebarang penyertaan sukan selama dua tahun selepas gagal dalam ujian doping sewaktu Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tahun lalu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), keputusan itu selaras dengan Peraturan Anti-Doping Adamas 2021 dan World Anti-Doping 2021 mendapati seorang atlet lompat tinggi tersebut telah melanggar peraturan anti-doping yang ditetapkan.

Akibat kesalahan tersebut, atlet berkenaan akan menjalani hukuman tersebut bermula 2 Jun 2023 sehingga 1 Jun 2025.



“Keseluruhan proses telah dijalankan dengan telus dan mengikut Peraturan Anti-Doping ADAMAS 2021 dan International Standard for Results Management (ISRM),” kata ADAMAS dalam satu kenyataan.

Tambahnya, atlet tersebut boleh mengemukakan rayuan secara bertulis selewat- lewatnya 24 Januari 2024 (Rabu) kepada pihak ADAMAS.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dalam pada itu, ADAMAS turut memberi amaran kepada atlet agar perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang terdapat dalam sampel urin dan atau sampel darah mereka.

“Tidak kira sama ada atlet itu secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan bahan atau kaedah terlarang.



“Oleh itu, adalah penting untuk semua atlet dan Kakitangan Sokongan Atlet mematuhi peraturan anti-doping dan memahami tanggungjawab mereka di bawah Kod Anti-Doping Dunia,” menurut kenyataan itu lagi. – KOSMO! ONLINE

Atlet olahraga digantung gara-gara doping


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button