PAS Hanyalah Sebuah Parti Dan Hadi Bukan Wali

PAS Hanyalah Sebuah Parti Dan Hadi Bukan Wali

PAS Hanyalah Sebuah Parti Dan Hadi Bukan Wali

Pemimpin PAS sering mendakwa parti mereka adalah parti yang menjadikan politik sebagai wadah untuk memartabatkan Islam di Malaysia.

Untuk menyokong dakwaan mereka, maka majoriti pemimpin PAS cuba dengan sebaik mungkin untuk berterampilan sebagai seorang alim.

Tujuannya supaya setiap perkataan dan perbuatan mereka tidak berani untuk dipersoalkan oleh masyarakat.



Maka tidak hairanlah kebanyakan komunikasi pemimpin PAS dengan masyarakat sama ada ceramah politik, usrah, tamrin dan pelbagai lagi hanya komunikasi sehala.

Pemimpin bercakap dan pendengar wajib percaya dengan mengimaninya tanpa sebarang persoalan.

Sekiranya mempersoalkan atau mencabar kesahihan fakta yang diberikan pemimpin, maka golongan tersebut akan dihukumkan kafir.

Sedangkan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW tidak begitu.



Baginda Rasulullah SAW tidak pernah menghalang atau marah sekiranya sahabat baginda mengemukakan persoalan atas penerangan baginda.

Sebagai contoh, Rasulullah SAW melarang umatnya menangis apabila diduga dengan dugaan kematian.

Baginda pernah bersabda:

وَعَنْ أَبِى سَعِيْدٍ الْخُدْرِىِّ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ لَعَنَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّائِحَةَ وَالْمُسْتَمِعَةَ



Dari Abu Said al-Khudri RA berkata:

“Rasulullah SAW melaknat perempuan yang meratap dan orang yang mendengarkannya”.

Tetapi ketika putera baginda Ibrahim RA wafat, baginda Rasulullah SAW memeluk jenazah Ibrahim RA sambil menangis.

Seketika itu juga sahabat yang berada disitu mengingatkan baginda Rasulullah SAW atas larangan yang pernah diberikan.



Lalu baginda Rasulullah SAW memberikan penerangan untuk menjelaskan keadaan.

Pengajaran dari sirah tersebut adalah:

  1. Pemimpin mesti berlapang dada dan bersedia menerima teguran dan memberikan penerangan supaya tidak menjadi keraguan di kalangan masyarakat
  2. Tidak menjadi kesalahan bagi pengikut untuk mempersoalkan perbuatan atau arahan yang diberikan pemimpin secara terbuka

Pemimpin Dan Pengikut Mesti Sentiasa Ingat Mengingati

Sikap berlapang dada pemimpin dan keberanian pengikut untuk saling mengingati boleh memastikan antara pemimpin dan pengikut sentiasa menjaga antara satu sama lain.

Tetapi itu tidak berlaku dalam perjalanan harian parti PAS.



Pengikut mengimani pemimpin mereka dengan membuta tuli, walau pun terbukti apa yang dikatakan atau dilakukan oleh pemimpin PAS bertentangan dengan syarak.

Hadi Bukan Wali, Apa Lagi Nabi

Insiden Hadi Awang tidak membenarkan Anwar menziarahi beliau adalah gambaran sebenar akhlak Hadi Awang.

Mengunjungi saudara Islam kita yang sedang sakit sememangnya dituntut dalam Islam.

Bagi yang dikunjungi pula, meraikan dan menghormati tetamu yang mengunjungi adalah wajib.



Mungkin ketika itu Hadi uzur, tetapi bagaimana dengan orang yang berada di sekeliling beliau ketika itu?

Apakah telah mati sifat meraikan tetamu hanya kerana permusuhan dalam perbezaan ideologi politik.

Dan sehingga ke saat ini, tidak ada satu pun permohonan maaf dari pihak Hadi Awang atas kejadian tersebut.

Inikah akhlak yang dianjurkan oleh Islam dan dicontohi dari keperibadian Rasulullah SAW yang mulia?

Kepada ahli PAS, bukalah mata dan minda, janganlah dibiarkan kehidupan berterusan dengan kesetiaan yang tiada batasan.

Renungkan amaran Allah SWT di dalam Al Quran:

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيْرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْاِنْسِۖ لَهُمْ قُلُوْبٌ لَّا يَفْقَهُوْنَ بِهَاۖ وَلَهُمْ اَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُوْنَ بِهَاۖ وَلَهُمْ اٰذَانٌ لَّا يَسْمَعُوْنَ بِهَاۗ اُولٰۤىِٕكَ كَالْاَنْعَامِ بَلْ هُمْ اَضَلُّ ۗ اُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْغٰفِلُوْنَ

Mafhumnya:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Surah Al A’raf : 179

Ingatlah, PAS hanyalah sebuah parti politik dan Hadi tidak boleh menjaminkan syurga kepada seseorang kerana beliau sendiri belum tentu masuk syurga.

PAS Hanyalah Sebuah Parti Dan Hadi Bukan Wali

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button