Ciri-Ciri Wanita Idaman Menurut Ariel NOAH

” No.4 Yang Paling Penting!”

Ciri-Ciri Wanita Idaman Menurut Ariel NOAH

Ciri-Ciri Wanita Idaman Menurut Ariel NOAH

Walaupun sudah menginjak usia 42 tahun, penyanyi Ariel NOAH masih lagi mampu memikat hati para wanita tanpa mengira usia. Memiliki rupa paras yang kacak, ditambah pula dengan suara yang merdu, tak dinafikan mana-mana wanita pun akan jatuh cinta dengannya.

Dan terbaru, Miss Murai ada ternampak sebuah video di YouTube Sophie Navita TV, yang menemu bual Ariel NOAH. Dalam banyak-banyak soalan yang dituju, Miss Murai tertarik dengan soalan mengenai ciri-ciri wanita idamannya.



Ciri-Ciri Wanita Idaman Menurut Ariel NOAH

Sekadar info, selepas Sophia Latjuba, Ariel NOAH tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana wanita. Kini vokalis NOAH ini masih terbuka hati dan mencari pasangan yang sesuai dengannya.

Berikut Miss Murai kongsikan dengan kamu apakah ciri-ciri wanita idaman Ariel NOAH;

  1. Meminati wanita yang memilih untuk menjadi diri sendiri berbanding berpura-pura untuk mengambil hatinya.
  2. Boleh diajak berbual, mempunyai banyak topik dan perbualan tersebut boleh berterusan serta berpanjangan.
  3. Tidak kisah jika tidak memahami muzik kerana Ariel NOAH merasakan ia perkara yang bagus dan dia boleh berkongsi serta bertukar pendapat.
  4. Paling penting, tidak memiliki bau badan kerana ia boleh membuatkan Ariel NOAH jadi ‘turn off’.
  5. Wanita yang pandai memasak dan kemas rumah adalah bonus.

Cuba semak kamu ada tak ciri-ciri wanita idaman Ariel NOAH di atas. Kalau ada, mungkin ini peluang kamu!



Ciri-Ciri Wanita Idaman Menurut Ariel NOAH




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading