Mungkin Ada Sinar Bila Keputusan Representasi Kes Rosmah Mansor Di Tangguh Lagi

Mungkin Ada Sinar Bila Keputusan Representasi Kes Rosmah Mansor Di Tangguh Lagi

Mungkin Ada Sinar Bila Keputusan Representasi Kes Rosmah Mansor Di Tangguh Lagi

Mahkamah Tinggi menetapkan keputusan representasi DS Rosmah untuk menggugurkan 17 pertuduhan ditangguh 1 Mac ini.

DS Rosmah dibicarakan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN antara 2013 dan 2018.

Hakim K. Muniandy menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan representasi berkenaan masih dalam peringkat penelitian Jabatan Peguam Negara (AGC).



Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Ahmad Akram Gharib memberitahu, pihaknya perlu mengambil tindakan lanjut.

Ia termasuk mendapatkan pernyataan daripada beberapa individu bagi melengkapkan siasatan sebelum memutuskan representasi berkenaan.

“Pernyataan daripada beberapa individu penting bagi membolehkan pihak pendakwaan tampil dengan keputusan representasi yang lengkap dan menyeluruh,” ujar beliau.

Ini adalah merupakan representasi yang ketiga dihantar oleh DS Rosmah kepada pihak AGC pada 12 Disember 2023.



Representasi pertama dan kedua yang dikemukakan masing-masing pada 3 Mei dan 18 Ogos 2023 masih belum diputuskan oleh AGC.

Pada prosiding lalu, pasukan pembelaan berhujah, pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi oleh Rosmah adalah cacat dan mengelirukan.

Ia adalah kerana tidak mendedahkan siri transaksi atau pergerakan wang ke dalam akaun beliau.

Peguam Amer Hamzah Arshad berhujah, 12 pertuduhan pengubahan wang haram itu juga kabur.



Pertuduhan tidak menyatakan apa aktiviti haram atau kesalahan predikat daripada mana hasil dikatakan telah diperoleh.

Peguam bela menyatakan, pertuduhan dirangka dengan cara yang cukup aneh sehingga menyukarkan anak guamnya menyediakan pembelaan.

Bermula dari representasi yang pertama pada bulan Mei 2023, pihak AGC masih lagi belum dapat memberikan sebarang jawapan.

Mengemukakan representasi adalah hak yang tertuduh dan ianya dijamin oleh perlembagaan.



Memang menjadi tanggungjawab pihak AGC untuk mengkaji dari setiap sudut perundangan ke atas setiap representasi yang dikemukakan.

Tetapi mengapa mengambil masa yang terlalu lama sedangkan kes sudah pun dibicarakan di mahkamah?

Apakah ada pihak yang menghalang AGC dari membuat sebarang keputusan?

Atau AGC mahu menunggu hingga sabitan kesalahan dibuat baru mahu memberikan jawapan?



Mungkin Ada Sinar Bila Keputusan Representasi Kes Rosmah Mansor Di Tangguh Lagi

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button