22 tentera dilaporkan hilang ketika banjir

22 tentera dilaporkan hilang ketika banjir

22 tentera dilaporkan hilang ketika banjir
BANJIR di Lembah Lachen di negeri Sikkim, India. FOTO Tentera India/ AFP

New Delhi: Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan maut, manakala 82 lagi hilang akibat banjir di negeri Sikkim di timur laut India.

Hujan lebat di Tasik Lhonak di utara Sikkim mengakibatkan peningkatan paras air di lembangan Sungai Teesta, lapor media tempatan.

Banyak jalan, jambatan, kenderaan dan bangunan dihanyutkan oleh arus deras.



“Sebanyak 22 anggota tentera dilaporkan hilang, manakala 41 kenderaan tenggelam di bawah lumpur,” kata seorang pegawai tentera.

Lebih 3,000 pelancong dari pelbagai bahagian India terperangkap di Sikkim dan ramai pekerja yang terbabit dalam projek empangan Teesta di kawasan Chungthang terkandas di terowong empangan itu, kata laporan berkenaan.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Krisis Kebangsaan India (NCMC) di New Delhi, pada Rabu, meminta pemindahan mereka atas dasar keutamaan.

Tiga pasukan dari Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) dikerahkan untuk kerja-kerja bantuan dan menyelamat dengan lebih banyak lagi bersiap sedia, menurut satu kenyataan kerajaan India.



“Jumlah pasukan dan aset yang mencukupi Tentera Darat dan Tentera Udara dikerahkan untuk membantu negeri dalam usaha menyelamat dan pemulihan,” katanya.

22 tentera dilaporkan hilang ketika banjir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin ‘lantik’ Menteri Besar Pahang baru ganti Wan Rosdy



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading