Peniaga TikTok pulun menjual sehingga saat akhir
Peniaga TikTok pulun menjual sehingga saat akhir
Jakarta: Peniaga TikTok Shop Indonesia membuat promosi ‘harga runtuh’ selepas kerajaan menghapuskan aktiviti jual beli di aplikasi itu bermula petang semalam.
Pemantauan di platform itu mendapati, segelintir peniaga memberi diskaun 70 peratus atau menjual satu barang dengan harga serendah 10,000 rupiah (kira-kira RM3).
Seorang peniaga pakaian dari Cilengkrang, Bandung, Jawa Barat, Rohmat,28, berkata, usahanya melakukan penstriman langsung dan membuat promosi barangannya dipertingkatkan selepas kerajaan bercadang menutup transaksi jual beli di kedai TikTok Shop.
Katanya, TikTok memaklumkan penutupan dan larangan melakukan transaksi jual beli itu menerusi e-mel dan mesej pada aplikasi berkenaan, sejak awal bulan lalu.
Namun, dia terkilan dengan langkah kerajaan itu yang disifatkannya ‘menutup periuk nasi’ peniaga kecil sepertinya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rayuan DS Najib Tangguh Kerana Hakim Tarik Diri
- Formula Rafizi Terkulai Di Kerjakan Najibnomics
- PAS takut pertandingkan jawatan “Top 5”
“Saya agak kecewa. Kalau alasan menutup TikTok Shop kerana (melindungi) peniaga konvensional, ini memang tidak adil kepada peniaga dalam talian terutama (kepada) perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Lebih baik kerajaan sekat akses barangan import.
“Larangan ini sudah tentu membunuh ‘periuk nasi’ kami kerana selama ini kami bergantung dengan aplikasi ini untuk kami mencari makan,” katanya yang mampu peroleh 12 juta rupiah (RM3,639) dalam sebulan,” menerusi platform itu.
Sementara itu, Adul Falah, 28, dari Cileunyi, Bandung, yang menjual kasut terpakai di TikTok bertungkus lumus membuat penstriman langsung termasuk memberikan diskaun 50 hingga 70 peratus bagi memastikan barangannya mudah terjual.
Katanya, kerajaan tidak seharusnya membuat langkah itu kerana platform itu mendatangkan lebih manfaat kepada pengguna dan peniaga dalam talian sepertinya.
“Sepatutnya kerajaan mencari alternatif lain bagi memudahkan peniaga dalam talian yang biasa berniaga di media sosial.
“Jika perlu ada peraturan, tetapkan saja. Saya pasti peniaga dalam talian juga tidak kisah untuk mematuhinya,” katanya.
Peniaga TikTok pulun menjual sehingga saat akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS sedar Mahathir dibenci , tidak popular , lalu nafikan Mahathir calon Kemaman.
- Bikin Malu!, hanya 300 orang hadir ceramah Muhyiddin
- PMX Anwar Ibrahim perlu pasukan Kabinet lebih jitu
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Muhyiddin ‘lantik’ Menteri Besar Pahang baru ganti Wan Rosdy