Wanita dibunuh kerana wajah hampir serupa

Wanita dibunuh kerana wajah hampir serupa

Wanita dibunuh kerana wajah hampir serupa
SUSPEK (kiri) dan mangsa memiliki wajah yang mirip. FOTO Agensi

Berlin: Seorang wanita dibicarakan di Jerman kerana didakwa membunuh seorang perempuan yang mirip wajahnya mirip, demi untuk memalsukan kematian.

Wanita berketurunan Jerman-Iraq itu dan seorang rakan subahat lelaki didakwa ‘mengumpan’ mangsa yang berusia 23 tahun selepas perkenalan di media sosial.

Pasangan itu pergi ke rumah wanita berkenaan, sebelum membawanya menaiki kereta ke kawasan hutan dan membunuh mangsa.



Mereka kemudian didakwa meletakkan mayat wanita itu di dalam keretanya. Mayat ditemukan pada Ogos 2022.

Polis pada mulanya berkata, mereka percaya wanita keturunan Jerman-Iraq yang juga pemilik kereta itu adalah mangsa bunuh.

Tetapi keesokan harinya, polis mengenal pasti mangsa sebenar seorang wanita yang memiliki wajah hampir sama.

Susulan itu, wanita berkenaan dan seorang lelaki Kosovo, kedua-duanya berusia 23 tahun, ditahan kerana disyaki membunuh.



Selepas siasatan lanjut, polis percaya pasangan itu membunuh mangsa selepas menjejakinya secara dalam talian.

“Penyiasat kini percaya suspek wanita itu mahu bersembunyi dan memalsukan kematiannya kerana masalah keluarga,” kata polis dalam satu kenyataan pada Januari 2023.

Polis berkata, suspek menghubungi beberapa wanita yang kelihatan mirip seperti dirinya melalui media sosial dan cuba memperdaya mereka untuk bertemu dengannya. .

Wanita itu menghubungi mangsa pada awal Ogos dan mengatur untuk bertemunya pada 16 Ogos. Dia dan lelaki Kosovo itu kemudian pergi ke rumah mangsa di Heilbronn, berhampiran Stuttgart, untuk menjemputnya.



Dalam perjalanan pulang ke Ingolstadt, mereka didakwa menarik wanita itu keluar dari kenderaan di kawasan hutan dan membunuhnya.

Suspek kemudian meneruskan perjalanan ke Ingolstadt, di mana mayat ditemukan di dalam kereta berkenaan.

Suspek mempunyai akaun Instagram yang digunakannya untuk berkongsi petua kecantikan, fesyen dan solekan. Dia dilaporkan memerangkap mangsa dengan menawarkan rawatan kecantikan percuma.

Suspek dan mangsa, kedua-duanya mempunyai rambut panjang, gelap dan berkulit gelap.



 

Wanita dibunuh kerana wajah hampir serupa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mungkin Ada Sinar Bila Keputusan Representasi Kes Rosmah Mansor Di Tangguh Lagi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading