Salah tersisih empat minggu

Oleh – Syeikh Baran


Salah tersisih empat minggu
SALAH hanya mampu menyaksikan pasukan Mesir menentang Cape Verde daripada tempat duduk penonton. FOTO AFP

Penyerang Liverpool dan Mesir Mohamed Salah dijangka kembali beraksi dalam tempoh tiga hingga empat minggu lagi jika proses pemulihannya berjalan lancar, menurut penolong pengurus kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, Pepijn Lijnders hari ini.

Pemain antarabangsa Mesir itu akan berlepas ke England untuk menjalani rawatan selepas mengalami kecederaan hamstring ketika seri 2-2 dengan Ghana dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika yang mencetuskan suasana panik di Liverpool.



“Saya yakin pemulihannya akan mengikut masa ditetapkan berdasarkan rawatan kami ke atas tubuhnya sebelum ini.”

Lijnders menambah pegawai perubatan Liverpool dan Mesir bersetuju Salah menjalani rawatan di England daripada kekal bersama skuad kebangsaan negaranya yang mara ke peringkat 16 terakhir kejohanan.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button