Ribuan rakyat Johor menanti lambaian Agong baharu

Oleh – Syeikh Baran


Ribuan rakyat Johor menanti lambaian Agong baharu
RIBUAN rakyat berkumpul di pekarangan Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi menyaksikan Istiadat Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Orang ramai mula berhimpun di pekarangan Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini seawal pukul 6 pagi bagi meraikan Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mereka yang berhimpun terdiri daripada pelbagai kaum dan usia.



Lokasi tersebut merupakan ‘check point’ ketujuh dalam pergerakan baginda sebelum berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, hari ini.

Rakyat yang beragama Islam turut menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid berkenaan.

Sumber – UTUSAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button