Penjual sayur enggan terima bantuan beras

Oleh – Syeikh Baran


Penjual sayur enggan terima bantuan beras

Seorang penjual sayur di Magetan, wilayah Jawa Timur menolak bantuan beras sebanyak 10 kilogram (kg) dari bulan Januari hingga Jun depan bagi memberi peluang kepada orang lain untuk menerimanya, lapor portal berita Tribun Jabar semalam.



Jayadi, 37, berkata, dia menolak bantuan daripada pemerintah kerana menganggap terdapat orang lain yang lebih susah daripadanya.

Menurutnya, dia sudah menjual sayur-sayuran selama 12 tahun lalu.

Katanya lagi, hasil jualan itu menyebabkan dia mampu membeli dua buah kenderaan untuk urusan perniagaannya.  

Nama Jayadi terdapat dalam senarai 137 warga Kampung Gebyog yang akan menerima beras 10 kg dari Januari hingga Jun depan. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading