Pesawat United Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas

 

Oleh Pena Merah

Pesawat United Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas
Pesawat United Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, New Jersey. – Foto REUTERS

United Airlines pada Selasa mengesahkan penerbangan dari San Francisco ke Boston terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Isnin akibat kerosakan pada sayap pesawat, lapor Xinhua.

Menurut syarikat itu masalah teknikal dikesan pada sayap pesawat Boeing 757-200, namun butiran lanjut mengenai puncanya tidak dinyatakan.



Pesawat itu dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Denver selepas dan selamat mendarat pada jam 5.21 petang.

Penumpang dipindahkan ke pesawat lain dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan awal pagi Selasa, menurut United Airlines.

Tiada kecederaan dilaporkan dan pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu. – BERNAMA-XINHUA




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading