Dua maut, tujuh cedera nahas 12 kenderaan

Dua maut, tujuh cedera nahas 12 kenderaan

Dua maut, tujuh cedera nahas 12 kenderaan
Dua maut kemalangan babitkan 12 kenderaan di Presint Utara. – Foto bomba

PUTRAJAYA: Dua maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan di Persiaran Utara di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata kejadian jam 10.20 pagi dari arah Persiaran Utara menghala ke Presint 12.

Menurutnya, nahas membabitkan dua lori, enam kereta dan empat motosikal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz yang dihubungi mengesahkan kejadian membabitkan enam kereta, tiga motosikal, satu motosikal pengiring polis dan dua lori.



Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian menunjukkan kenderaan telah berhenti dalam barisan dan sebuah trailer dari arah belakang telah mengubah laluan dari lorong tengah ke lorong kiri dan terus merempuh kenderaan di hadapan.

Katanya, akibat kemalangan, dua lelaki maut di lokasi kejadian oleh paramedik Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang.

Dua maut, tujuh cedera nahas 12 kenderaan
Dua maut kemalangan babitkan 12 kenderaan di Presint Utara. – Foto bomba

Dua maut, tujuh cedera nahas 12 kenderaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button