Polis cari tiga lagi individu terbabit perhimpunan

Polis cari tiga lagi individu terbabit perhimpunan

Polis cari tiga lagi individu terbabit perhimpunan
Datuk Tun Faisal Ismail Aziz sudah memberi keterangan kepada polis. – Foto BH/ASWADI ALIAS

KUALA LUMPUR: Polis masih mengesan tiga lagi individu yang terbabit dengan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata pasukan menyiasat mahu menyelesaikan kes itu minggu ini.

“Kita harap tiga individu ini akan tampil tetapi setakat ini mereka belum dapat dikesan. Sekiranya mereka tidak tampil, kita akan mengeluarkan nama mereka untuk membantu siasatan pihak polis.



“Selepas selesai semuanya, kita akan angkat kertas siasatan ini ke pihak pendakwa raya. Kita lihat nanti apa keputusan yang akan dilakukan oleh pendakwa raya,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Sementara itu, Allaudeen berkata, daripada 28 individu yang dikenal pasti terbabit dalam perhimpunan itu, 16 orang sudah memberi keterangan kepada polis.

Antara yang sudah memberi keterangan ialah Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz; Ketua Srikandi Muda BERSATU Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin.

Polis cari tiga lagi individu terbabit perhimpunan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading