Hafiz Mahamad Minta Maaf
Rakam Video Untuk Kenangan Bukan Content
Hafiz Mahamad Minta Maaf
Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad tampil dengan video permohonan maaf selepas video bergelut untuk mencium hajar aswad tular.
Dalam video penjelasan yang dibuat, Hafiz berkata niatnya baik dan sebelum video dimuat naik dia sudah memohon pendapat beberapa orang.
Ramai yang berkata, mereka mahu bersedia dari segi mental supaya dapat mencium hajar aswad.
Penjelasan Hafiz Mahamad
Hafiz berkata lagi, sebenarnya ini merupakan kali ketujuh dia menjejakkan kaki ke Mekah. Setiap tahun dia akan datang bersama pekerjanya.
Memang tugasnya tak ubah seperti mutawif, dia berusaha membawa pekerjanya mencium hajar aswad dan solat di Hijr Ismail.
Dia tak mahu pekerjanya ralat apabila tak beribadah sepuasnya di sana. Dan Dia juga mahu mencipta keberanian dalam diri staf untuk mencium hajar aswad walaupun keadaannya sukar.
Dia juga tak berniat untuk menjadi hero kepada mana-mana pihak, dia hanya mahu memberikan yang terbaik dan berharap ianya dapat dicontohi.
Maafkan saya kalau video saya kata kenangan tu mewujudkan banyak persepsi. Video itu adalah kenangan untuk saya dan team.
Malah, ketika video diambil dia dan team sudah selesai menjalani ibadah wajib. Dia juga menafikan video dirakam untuk dijadikan content semata-mata.
Dia memadam video sebenarnya adalah untuk menjaga keharmonian di media sosial. Usahawan ini faham, masing-masing ada pendapat tersendiri.
Kredit: Instagram Hafiz Mahamad
Hafiz Mahamad Minta Maaf
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemimpin PPBM Sendiri Tidak Yakin Dengan Pindaan Perlembagaan PPBM
- Kelentong Wan Saiful Tak Laku Di Parlimen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :