Salah diagnosis, wanita ‘hilang’ rahim dan ovari
Salah diagnosis, wanita ‘hilang’ rahim dan ovari
Hong Kong: Wanita berusia 59 tahun di sini, baru-baru ini, terpaksa membuang rahim, ovari dan saluran ovumnya, selepas dikatakan menghidap barah endometrium.
Hakikatnya, wanita itu tidak menghidap barah, namun berlaku kesilapan selepas menjalani pemeriksaan.
Ia selepas hasil sampel ujian dijalankan bercampur dengan sampel seorang pesakit lain yang berusia 71 tahun di Hospital Pok Oi di daerah Yuen Long.
Difahamkan, pesakit kedua itu yang sebenarnya menghidap barah.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan wanita itu menjalani pembedahan pada 26 Februari lalu.
Prosedur itu bertujuan untuk membuang organ pembiakannya.
Pembedahan dijalankan kira-kira lima minggu selepas dia diberitahu menghidap barah.
Bagaimanapun, wanita itu kemudian diberitahu keputusan salah itu pada 15 Mac lalu. Ia selepas kakitangan hospital menerima laporan yang mengesahkan perkara itu pada sehari sebelumnya.
Ketua Eksekutif Kluster Barat Wilayah Baharu, yang meliputi Hospital Pok Oi, Dr Wong Yiu-chung, memberitahu SCMP, satu pasukan perubatan akan membuat pemantauan lanjut mengenai keadaan wanita itu.
“Kami tahu dan faham bahawa kejadian itu akan menjejaskan keadaan fizikal dan mental pesakit.
“Jadi, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan permohonan maaf setulus hati dan ucapan takziah kepada pesakit,” katanya.
Dr Wong berkata, jawatankuasa siasatan akan menentukan punca kesilapan itu.
Salah diagnosis, wanita ‘hilang’ rahim dan ovari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Cuba Pujuk Amanah Supaya Tinggalkan DAP
- Parti Amanah pun tidak mahu bersama PAS
- PAS Dan Gerakan Berbalah Lagi, Muhyiddin Buat Tak Reti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :