KEDAH AKAN LAKSANA LARANGAN RENTAS NEGERI BERIKUTAN PENINGKATAN KES COVID19?
KEDAH AKAN IKUTI LANGKAH LARANGAN RENTAS NEGERI?
Peningkatan luar jangkaan kes covid19 di sebuah penjara di Kedah sangat menggerunkan rakyat. Jumlah sebenar kes masih belum diumumkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jika angka jangkitan terus meningkat adakah Kedah akan laksanakan larangan rentas negeri sebagaimana dilaksanakan di Sabah? Mungkin perkara ini akan dipertimbangkan pihak MKN sebagai langkah awal mengawal pandemik. Sebaiknya tindakan segera dilakukan bagi menghalang sebarang kemungkinan penyebaran covid19 merebak ke tempat lain.
Semoga seluruh rakyat Kedah selamat daripada pandemik covid19 dan para petugas juga tidak dijangkiti virus semasa menguruskan mereka yang didapati positif.