Intan Najuwa – Sebagai Seorang Isteri Saya Tahu Batas [VIDEO]

Kena Jaga Air Muka & Hormat Dia Sebagai Suami

Intan Najuwa – Sebagai Seorang Isteri Saya Tahu Batas [VIDEO]

Intan Najuwa - Sebagai Seorang Isteri Saya Tahu Batas [VIDEO]

Pelakon kecil molek, Datin Intan Najuwa menegaskan bahawa dia akan terus menjalankan kegiatan seninya meskipun sudah bergelar seorang isteri kepada usahawan berjaya.

Suami tak halang

Intan Najuwa - Sebagai Seorang Isteri Saya Tahu Batas [VIDEO]

Menerusi temu bual bersama Nona, Intan berkata perkahwinan bukan satu halangan untuk dia meneruskan karier sebagai pelakon.



Jadi terbuktilah bila saya berkahwin saya juga keluar untuk sama-sama bekerja.

Suami bekerja saya pun bekerja. Saya tak pernah berhenti kecuali kalau ada benda-benda yang tidak mengizinkan contohnya macam mengandung atau sebagainya.

Aktres ini juga mengucapkan rasa syukur kerana dikurniakan suami iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman yang tidak pernah menentangnya dari segi kerjaya.

Buat masa sekarang, saya masih ada daya kemampuan untuk keluar pergi kerja dan suami juga tidak pernah menghalang. Alhamdulillah.



Dalam pada itu, pelakon drama Pemburu Rahsia ini berkata sebagai isteri dia bertanggungjawab untuk menjaga nama baik dan reputasi suaminya.

Sebagai seorang isteri, sudah semestinya saya tahu batas dan juga tahu apa yang saya kena buat untuk menjaga air muka dan hormat dia sebagai suami.

Sekadar info, Datin Intan Najuwa dan Datuk Ahmad Asraf Azman telah melangsungkan perkahwinan di Desaru Coast, Johor pada 18 Ogos lalu.

 



Sumber: TikTok Nona.my

Intan Najuwa – Sebagai Seorang Isteri Saya Tahu Batas [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button