Benarkah Ada Titah Supaya Najib Di Berikan Tahanan Di Rumah Dalam Pengampunan Di Raja?

Benarkah Ada Pihak Yang Sabotaj Pengampunan DS Najib

Benarkah Ada Titah Supaya Najib Di Berikan Tahanan Di Rumah Dalam Pengampunan Di Raja?

 

Berita Harian melapurkan, DS Najib mendakwa ada bahagian tambahan atau titah adendum dalam pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah.

Dalam titah adendum tersebut, Al-Sultan Abdullah membenarkan DS Najib untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.



DS Najib membuat dakwaan itu apabila memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman titah adendum Al-Sultan Abdullah.

Beliau memfailakn semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini, pada 1 April lalu, menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co.

DS Najib menamakan 7 responden dalam semakan kehakiman tersbut:

  • Menteri Dalam Negeri
  • Komisioner Jeneral Penjara
  • Peguam Negara
  • Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)
  • Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM
  • Kerajaan Malaysia

DS Najib memohon perintah untuk semua atau seorang responden melaksanakan titah Al-Sultan Abdullah.



Dan dengan serta merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya sebagaimana yang dititahkan oleh Al-Sultan Abdullah.

Jika Benar, Ianya Bertentangan Dengan Perlembagaan Dan Satu Penderhakaan Kepada Institusi YDP Agong

 

Malaysiakini juga melapurkan perkara yang sama, cuma terdapat beberapa tambahan maklumat yang diberi.

Menurut Malaysiakini bahagian tambahan itu dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Januari lalu.



DS Najib memohon perintah mandamus agar responden memberikan versi asal adendum Di Raja tersebut.

Dalam afidavit sokongannya pula, DS Najib mendakwa haknya terjejas dan dilanggar oleh responden dengan mengabaikan pertanyaannya berkenaan dakwaan bahagian tambahan tersebut.

Tindakan responden mengabaikan permintaannya merupakan pelanggaran terhadap hak asasinya di bawah Perlembagaan Persekutuan, selain bersamaan dengan penghinaan kepada Agong.

Beliau juga mendakwa responden cuba menyembunyikan kewujudan bahagian tambahan itu.



Penulis belum dapat pastikan kesahihan lapuran kedua-dua media tersebut kerana pihak Peguam Negara belum memberikan respon.

Namun secara peribadi, sekiranya dakwaan tersebut benar, tindakan itu secara terang-terangan bertentangan dengan perlembagaan dan satu penderhakaan kepada institusi YDP Agong.

Lebih dari itu, mengapakah DS Najib terus dizalimi dan hak beliau terus dinafikan?

Di manakah suara Majlis Peguam dan Bersih?



 

Benarkah Ada Titah Supaya Najib Di Berikan Tahanan Di Rumah Dalam Pengampunan Di Raja?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button