Demi keluarga Wani sanggup berhabisan wang

 

Oleh Razak Hasan

Demi keluarga Wani sanggup berhabisan wang
Wani sanggup berbelanja lebih untuk menyambut Syawal bersama keluarga di Sandakan

Penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie tidak kisah berhabisan ribuan ringgit hanya membeli tiket penerbangannya dan keluarga pulang menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Sabah.

Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 24, berkata dia bekerja keras sepanjang tahun demi memastikan keluarganya tidak terkecuali pulang ke Sabah meraikan Hari Raya.



“Tiket penerbangan dua hala ke Sandakan untuk saya sekeluarga berjumlah sekitar empat angka. Saya sentiasa katakan kalau ada rezeki lebih, saya akan belanja keluarga balik kampung, setiap tahun.

“Saya sebenarnya sudah tempah tiket penerbangan sejak tahun lalu. Sudah jadi kebiasaan, kami akan tempah lebih awal, tapi harga tiket tetap agak mahal, tapi tak mengapalah.

“Orang kata untuk Hari Raya kenalah berbelanja lebih sikit sebab saya balik kampung pun setahun sekali. Jadi, saya rasa rugi kalau tak berhabisan,” katanya kepada BH Online.

Demi keluarga Wani sanggup berhabisan wang
Wani bekerja keras sepanjang tahun demi memastikan keluarganya tidak terkecuali pulang ke Sabah meraikan Hari Raya. – Foto IG Wani Kayrie

Tambah Wani, mungkin tak ramai mampu membelanjakan jumlah besar untuk membeli tiket penerbangan, tapi percaya setiap manusia mempunyai rezeki masing-masing.



“Sebenarnya, saya tumpang simpati sebab saya tahu tak ramai yang mampu beli tiket, tapi bila dengar ibu sibuk bekerja dan pernah tidak dapat pulang ke kampung berhari raya, ia membuatkan saya lebih sedih.

“Jadi, saya tekad bekerja keras dan nak balas jasa ibu dengan cara sebegini. Saya mahu bawa ibu balik kampung dan bergembira dengan keluarganya.

“Melihat orang lain tak dapat balik kampung, rasa kasihan juga. Sebabnya, saya juga pernah berada situasi sama, percayalah rezeki akan datang pada kemudian hari,” katanya. – Berita Harian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button