‘Cinta tak mungkin’ single terbaru Siti Nurhaliza

 

Oleh Razak Hasan

'Cinta tak mungkin' single terbaru Siti Nurhaliza
Meskipun lagu Cinta Tak Mungkin bukan mengenai kisah hidupnya, namun Siti cuba membawa watak digarap dalam drama dengan baik.

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali dengan single baharu berjudul Cinta Tak Mungkin selepas menggegarkan konsert solo, Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac lalu.

Lagu ciptaan Farouk Roman dan lirik oleh Adrianna Cinta itu juga dipilih menjadi lagu runut bunyi bagi drama bersiri, Malang Si Puteri.



Cinta Tak Mungkin susunan Reza Ramsey yang terhasil menerusi perbincangan antara komposer Farouk dan penerbit, Radius One Sdn Bhd.

Farouk menghasilkan lagu dan lirik bersesuaian dengan permintaan penerbit dan jalan cerita drama bersiri tersebut.

Siti berkata, lagu Cinta Tak Mungkin adalah kerjasama kali kedua antaranya bersama Farouk yang pernah menghasilkan lagu berjudul Senyawa menerusi album Sitism.

Melodi dan lirik lagu yang sinonim dengan kehendak sesebuah jalan cerita menjadikan lagu Cinta Tak Mungkin ini istimewa di hatinya.



“Farouk terkenal dengan penghasilan lagu runut bunyi dan saya percaya dengan sentuhannya.

“Selain itu, Farouk juga memberikan kebebasan kepada saya untuk menyanyikan lagu dengan emosi saya sendiri selepas diperjelaskan mengenai jalan ceritanya.

“Kali pertama diperdengarkan demo, lagu ini terus memikat hati saya,” katanya.

'Cinta tak mungkin' single terbaru Siti Nurhaliza
Siti mengakui masih dalam fasa pemulihan suara ketika rakaman lagu, namun tidak menjadi masalah melunaskan tanggungjawab diberikan.

Ketika merakamkan lagu Cinta Tak Mungkin ini, Siti mengakui, dia masih dalam fasa pemulihan suara, namun tidak menjadi masalah untuknya melunaskan tanggungjawab diberikan.



Menyanyikan lagu runut bunyi dianggap sebagai satu peluang terbaik kepada seseorang penyanyi kerana lagu akan selalu diperdengarkan dan mudah mendapat perhatian penonton serta pendengar.

Lagu Cinta Tak Mungkin ini turut diterima baik oleh penonton drama Malang Si Puteri yang sedang ditayangkan di Astro Ria.

Tambah Siti lagi, meskipun lagu Cinta Tak Mungkin bukan mengenai kisah hidupnya, namun cuba membawa watak digarap dalam drama itu dengan baik.

Luahan perasaan lelah, terpenjara dan keperitan hidup diungkap menerusi emosi dalam nyanyiannya.



Siti berharap, lagu Cinta Tak Mungkin akan diterima baik oleh seluruh peminat dan pencinta muzik tanah air.- Berita Harian


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading