Nenek pengumpul daun kering rupanya hartawan

Oleh – Syeikh Baran


Nenek pengumpul daun kering rupanya hartawan
Seorang warga emas yang disangka pengumpul daun mengejutkan ramai netizen, rupanya hartawan yang memiliki sebuah rumah mewah bagaikan istana. – TIKTOK @misterkonde3

Seorang warga emas yang disangka pengumpul daun kering, rupanya hartawan  yang memiliki sebuah rumah mewah bagaikan istana, lapor akhbar TribunJabar semalam.

Rakaman video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @misterkonde3 itu tular di media sosial dan mengejutkan ramai netizen.



Menerusi rakaman itu, warga emas berkenaan dilihat mengenakan pakaian lusuh sambil membawa daun kelapa kering dan daun pisang dari sawah berdekatan.

Namun,  siapa sangka disebalik penampilannya yang serba sederhana, wanita  itu merupakan pemilik rumah mewah di kampung tersebut.

Rumahnya yang dibina di kawasan seluas 1 hektar itu dihiasi dengan patung berbentuk kuda serta ukiran emas.

Lebih mengejutkan apabila pelbagai jenis kereta berada di dalam garajnya seperti Toyota Fortuner dan Honda Civic.



Warga emas itu sebenarnya seorang usahawan dan mempunyai berhektar-hektar sawah. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading