Lelaki dipenjara letak air mani dalam minuman, makanan rakan sekerja

3d illustration of sperm cells moving to the right
SANTA ANA: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah selepas didapati bersalah kerana berulang kali memasukkan air maninya ke dalam makanan, air dan barang milik rakan sekerja wanita.

Stevens Millancastro, 30, berdepan beberapa pertuduhan, berdasarkan kenyataan dikeluarkan Pejabat Pendakwa Raya Daerah Orange di California, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Millancastro bekerja dengan mangsa antara 2014 hingga 2017 dan dalam tempoh itu, dia beberapa kali mengeluarkan air mani ke dalam botol air dan botol madu rakan sekerjanya, selain meletakkan air mani di atas tetikus dan papan kekunci.

Mangsa kemudian memakan madu itu untuk beberapa tempoh, tanpa mengetahui perbuatan jenayah Millancastro.

Mangsa ada menyedari air botolnya bertukar keruh dalam tiga insiden berbeza dan membuang air berkenaan dalam ketiga-tiga kejadian.



menurut Pejabat Pendakwa Raya, selepas menyedari air botolnya keruh untuk kali ketiga, wanita itu melaporkannya kepada pihak penyelia, yang bertindak memasang kamera keselamatan di pejabat mangsa.

“Pada hari berikutnya, wanita itu menyentuh tetikus yang dipenuhi air mani dan Millancastro dilihat dalam rakaman kamera itu memasuki pejabat mangsa sebelum kejadian berkenaan,” katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan kepada polis La Palma yang membuka siasatan dan menahan Millancastro.

Lelaki itu didapati bersalah pada 21 September lalu atas untuk lima kesalahan dan dijatuhkan hukuman semalam.



Hakim Kathleen Roberts turut mewajibkan Millancastro didaftarkan sebagai pesalah seksual.

Pejabat Pendakwa Raya berkata hukuman itu adalah yang paling maksimum berdasarkan undang-undang.

“Keputusan hakim mengenakan hukuman maksimum dan mewajibkan tertuduh didaftarkan sebagai pesalah seksual dibuat berdasarkan trauma dialami wanita tidak bersalah yang hanya melakukan tugasnya di tempat kerja,” katanya. – AGENSI

UMNO berhak semak kedudukannya dalam PN – Annuar Musa



UMNO berhak semak kedudukannya dalam PN – Annuar Musa



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button