Jawapan Afiyah Bila Ditanya Mengenai Siti Nurhaliza [VIDEO]
Cetus Perhatian Ramai
Jawapan Afiyah Bila Ditanya Mengenai Siti Nurhaliza [VIDEO]
Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Kalau Tokti Marah, Saya Rela Kena Marah”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu vidoe yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizafan yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 23 ribu, tanda suka sebanyak 598 dan sebanyak 40 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang ditanya oleh netizen sama ada dirinya garang atau tidak, namun Tokti pula yang menanyakan soalan tersebut kepada Afiyah untuk mengetahui jawapan darinya.
“Ibu sayang tak, sayang?”-Tanya Tokti
“GARANG”-Jawab Afiyah
“Uyo Alamak, Dengan anak mestilah kena garang”-Ujar Tokti
@sitinurhalizafan Ini Jawapan Aafiyah Bila Peminat Tanya Mengenai DS Siti Nurhaliza 😱
♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans
Rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa jika ditanya semua anak pasti kesemuanya akan menjawab bahawa ibu mereka seorang yang garang dan tegas.
Jawapan Afiyah Bila Ditanya Mengenai Siti Nurhaliza [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Sampai Masanya Muhyiddin & Hadi Berundur
- Punca Kekalahan PN Di PRK Kuala Kubu Baharu
- Parti Islam jenis apa yang akur dan tali barut kepada Kluster mahkamah?