Malaysia wajib benam Iran petang ini

Malaysia wajib benam Iran petang ini

Malaysia wajib benam Iran petang ini
FAZILLA (kanan) meledak gol tunggal negara ketika tewas 1-5 kepada Kazakhstan pada aksi ketiga sebentar tadi. – MHC

PETALING JAYA – Skuad hoki dalam dewan wanita negara berdepan misi wajib menang ke atas Iran dalam aksi seterusnya yang akan berlangsung petang ini untuk menjamin tempat ke separuh akhir Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024.

Ia susulan kekalahan pertama diraih skuad negara apabila tumbang 1-5 kepada Kazakhstan pada aksi ketiga Kumpulan A yang berlangsung di Kampus Universiti Sukan Kebangsaan Thailand (TNSU), Chonburi, Thailand sebentar tadi.

Ketua jurulatih dalam dewan wanita negara, Mohd. Rodzhanizam Mat Radzi percaya anak-anak buahnya akan bangkit dalam aksi terakhir itu selepas mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang dilakukan ketika menentang Kazakhstan.



“Kami tewas kepada pasukan yang lebih baik.. Pemain tidak bermain dengan baik berbanding Kazakhstan. Pemain masih melakukan kesilapan-kesilapan mudah dan tidak menterjemahkan kelebihan pukulan sudut penalti kepada jaringan.

Malaysia wajib benam Iran petang ini
KAZAKHSTAN (jersi kuning) menghadiahkan kekalahan pertama buat skuad negara apabila menang 5-1 pada aksi ketiga sebentar tadi. – MHC

“Kelemahan pada perlawanan ini perlu segera kami baiki menjelang pertemuan dengan Iran. Iran juga merupakan pasukan yang mampu memberikan aksi yang baik dan kami tidak boleh memandang mudah terhadap mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon PM: Muhyiddin Tipu Hadi Atau PPBM Tipu PAS




“Penting untuk kami meraih kemenangan pada perlawanan terakhir kumpulan petang ini bagi memastikan peluang cerah ke separuh akhir. Pemain tak boleh ambil mudah dan perlu manfaatkan semua peluang, kalah bukan pilihan yang pasukan mahukan,” katanya.

Malaysia wajib benam Iran petang iniLima gol Kazakhstan sebentar tadi diperoleh menerusi dua jaringan Viktoriya Lobanova (m-12, m-33) dan Balzhan Baisenbay (m-14, m-34) serta satu daripada Viktoriya Lyapina pada minit ke-23.

Gol tunggal skuad negara pula dijaringkan oleh Fazilla Sylvester Silin pada minit ke-28.

Biarpun tewas, Malaysia masih kekal menerajui carta Kumpulan A dengan enam mata hasil dua kemenangan terdahulu, 25-0 ke atas Vietnam dan 12-1 terhadap Oman. – KOSMO! ONLINE

Malaysia wajib benam Iran petang ini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button