Atlet bebas pilih Sukma atau Kejohanan Dunia – KOM

Atlet bebas pilih Sukma atau Kejohanan Dunia – KOM

Atlet bebas pilih Sukma atau Kejohanan Dunia – KOM
ROBERT BALLARD

KUALA LUMPUR – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menyerahkan segala keputusan kepada atlet muda menentukan hala tuju mereka sama ada mewakili negeri masing-masing pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak atau membawa cabaran negara pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun (B-20) 2024.

Ketika ini, lima atlet negara telah meloloskan diri sejurus melepasi syarat kelayakan ditetapkan Olahraga Dunia (WA), tetapi timbul masalah apabila kejohanan dunia tersebut bertembung dengan tarikh penganjuran Sukma Sarawak.

Sukma Sarawak akan diadakan pada 17 hingga 24 Ogos, manakala Kejohanan Olahraga Dunia B-20 dijadualkan berlangsung dari 27 hingga 31 Ogos.



Pengarah Teknikal KOM, Robert Ballard berkata, pihaknya tidak memberi tekanan kepada lima atlet yang layak ke Peru dan memberi kebebasan kepada mereka untuk membuat keputusan mengenai masa depan sendiri.

“Kami ingin memberikan peluang kepada setiap atlet melakukan yang terbaik untuk negara dan diri sendiri. Kita enggan memaksa seseorang kerana akhrinya mereka tidak akan memberikan yang terbaik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon PM: Muhyiddin Tipu Hadi Atau PPBM Tipu PAS




“Terdapat banyak pilihan di luar sana. Serahkan kepada mereka untuk memutuskan. Kami akan membentangkan tawaran kepada atlet berkenaan dan kemudian membiarkan mereka membuat pilihan.

“Apapun, atlet-atlet berkenaan perlu memberi kata putus kepada kami sebelum 16 Jun ini,” kata Ballard ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) di  Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Lima atlet remaja negara yang layak ke Peru ialah Ng Tak Sing dalam acara lompat kijang, Pengiran Aidil Auf Hajam (200 meter), Hanssen Yap Soon Fu (100m), Muhammad Fiross Mohd. Faizal (110m lari berpagar) dan Muhammad Sayyid Amin Roslan (200m). – KOSMO! ONLINE

Atlet bebas pilih Sukma atau Kejohanan Dunia – KOM

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button