Zizi Kirana Hampir Syahid Dalam Pengeboman Di Syria

Bunyi Letupan Sangat Kuat Sehingga Terasa Ke Jantung

Zizi Kirana Hampir Syahid Dalam Pengeboman Di Syria

Zizi Kirana Hampir Syahid Dalam Pengeboman Di Syria

Penyanyi Zizi Kirana, atau nama penuhnya Nur Fazelah Mad Tahil, 39, berkongsi detik cemas ketika berdepan dengan dua insiden pengeboman semasa menjalankan misi bantuan kemanusiaan di wilayah Azaz, Syria pada akhir Mac lalu.

Pengalaman ngeri ini terjadi ketika Zizi bersama empat individu lain berada di Syria untuk misi tersebut, yang juga turut melibatkan kakitangan pertubuhan Cinta Syria Malaysia.



Menurut Zizi, insiden pengeboman yang meragut lapan nyawa dan mencederakan 40 orang itu berlaku ketika dia bersama rakan-rakannya dibawa ke pangkalan tentera Syria oleh askar tempatan dan Turkiye untuk disiasat.

Sewaktu di pangkalan, mereka terdengar bunyi dentuman kuat sebelum diarahkan berlindung di bilik bawah tanah oleh tentera.

Zizi Kirana Hampir Syahid Dalam Pengeboman Di Syria



 

“Sebelum kejadian, saya merakam video sekitar kawasan pasar di Azaz kerana itu satu-satunya pasar yang ada di wilayah terbabit. Kemudian, tentera Syria mendatangi kami dan meminta agar memadam semua video yang telah diambil,” katanya. Setelah berpuas hati video tersebut dipadamkan, mereka dilepaskan dan meneruskan usaha membeli makanan untuk agihan bantuan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Teresa Kok Terima Ugutan Bunuh




Kejadian mendebarkan ini berlaku pada malam hari pertama Zizi tiba di Syria bersama seorang rakan, dua kakitangan pertubuhan Cinta Syria Malaysia, dan seorang juruvideo.

Mereka berada di lokasi terbabit untuk mendapatkan bekalan makanan setelah selesai mengadakan misi bantuan pada sebelah siang.

Mengulas lanjut, Zizi menceritakan bagaimana insiden tersebut mencetuskan ketakutan kepada keluarga, terutama suaminya, aktor Yusuf Bahrin, yang ketika itu berada di Mekah.

Zizi Kirana Hampir Syahid Dalam Pengeboman Di Syria



 

“Ketika kejadian, saya sempat memaklumkan kepada suami dan meminta maaf agar dihalalkan makan dan minum. Sekiranya saya syahid pada waktu itu, tolong maafkan segala salah silap saya,” ujarnya.

Perasaan Zizi pada waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu apabila bunyi letupan tersebut kedengaran sangat kuat dan gegarannya boleh dirasakan hingga ke jantung.

“Apa yang saya boleh buat hanya berdoa dan berserah kepada Allah agar diberi perlindungan dan reda dengan segala kemungkinan yang akan berlaku,” tambahnya.



Zizi bersama yang lain ditempatkan di dalam bilik bawah tanah di pangkalan tentera itu kira-kira satu jam sebelum dibenarkan pulang ke pejabat organisasi Cinta Syria Malaysia dengan menaiki van.

Zizi Kirana Hampir Syahid Dalam Pengeboman Di Syria

 

Setelah kejadian serangan mulai reda, Zizi bersama pasukannya meneruskan misi bantuan kemanusiaan selama enam hari di negara itu.



Pengalaman Zizi di Syria bukan sahaja memperlihatkan keberanian dan ketabahan beliau dalam melaksanakan misi kemanusiaan, tetapi juga menjadi peringatan akan pentingnya misi-misi sebegini dalam membantu mereka yang memerlukan di kawasan konflik.

Zizi Kirana Hampir Syahid Dalam Pengeboman Di Syria

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button