SELEPAS KOMA AKIBAT COVID-19 – ZEHRA ZAMBRI BERSYUKUR ABANG KINI MAKIN PULIH

“Ia umpama satu keajaiban dan berkat doa daripada semua. Saya dan keluarga sangat bersyukur,” tutur penyanyi dan pengacara, Zehra Zambri mengenai keadaan abangnya, Zharif yang kini semakin pulih daripada Covid-19 selepas koma akibat jangkitan virus itu di Arab Saudi, 30 Ogos lalu.

 

Zehra berkata, abangnya yang bekerja sebagai cef di negara itu sudah 20 hari sedar dari koma dan selesai menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital King Fahad di sana. Menurut Zehra, abangnya juga sudah dibenarkan pulang ke rumah pada 11 Oktober lalu.



“Buat masa sekarang, dia belum dapat bercakap kerana tak ada suara. Ada beberapa rawatan susulan antaranya fisioterapi masih belum dilakukan,” katanya.

Menurut Zehra, keluarganya juga merancang untuk membawa abangnya sekeluarga pulang ke tanah air. “Kalau ikutkan perancangan kami, selepas dia selesai menjalani rawatan susulan, kembali sihat dan boleh berjalan, kami akan menguruskan untuk membawanya pulang ke Malaysia.

“Walaupun kontrak kerja kakak ipar saya sebagai jururawat akan tamat pada Mei tahun depan, kami akan cuba untuk membawanya pulang juga,” jelasnya.

Sementara menunggu perkembangan kesihatan Zharif kembali pulih, keluarga di Malaysia sentiasa menghubunginya menerusi panggilan video.



www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

Pengambilalihan Saham:- Adakah FGV Akan Senasib Dengan DRB HICOM?

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button