2 penjenayah ditembak mati di hentian Tanjung Malim

Oleh – Syeikh Baran


2 penjenayah ditembak mati di hentian Tanjung Malim
Gambar Hiasan

Dua lelaki mati berlumuran darah selepas berbalas tembakan dengan anggota poljs dalam kejadian di Hentian Tanjung Malim, Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seorang anggotanya membuat aduan kejadian tersebut sekitar pukul 11.42 malam.



“Kejadian berlaku apabila sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Perak mengekori sebuah kereta jenis Proton Waja warna kelabu yang mencurigakan.

“Menyedari diekori polis, suspek bertindak melarikan diri dan memasuki Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara sehingga ke Hentian Tanjung Malim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kenderaan itu berjaya diberhentikan namun suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah pihak polis.

”Pihak polis membalas tembakan sehingga keadaan selamat dan pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek di dalam kenderaan maut berlumuran darah dan maut,” katanya.



Menurut Hussein, suspek merupakan dua lelaki tempatan yang mempunyai rekod lampau dan salah seorang mempunyai 22 rekod jenayah manakala seorang lagi masih tidak dikenal pasti identitinya.

Kata beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjaya 1960.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60641223,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button