Peguam baharu wakili ibu bapa Zayn Rayyan

Oleh – Syeikh Baran


Peguam baharu wakili ibu bapa Zayn Rayyan
Zayn Rayyan

Datuk kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengesahkan telah melantik peguam baharu bagi mewakili anak serta menantunya yang ditahan reman kes pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Zahari Mohd Reba 55, ketika dihubungi media bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut atas nasihat peguamnya.



“Maaf ya… buat masa ini saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam,” katanya yang turut mengesahkan sudah melantik peguam baru.

Terdahulu, peguam kepada ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang kini dalam tahanan reman tidak lagi mewakili pasangan suami isteri itu bermula hari ini.

Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ibu bapa Zayn Rayyan ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.



Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.

Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Sumber -KOSMO! ONLINE



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button