Lelaki OKU tangan, kaki cabul gadis di tandas surau

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki OKU tangan, kaki cabul gadis di tandas surau
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. -foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) kaki dan tangan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul remaja perempuan di tandas sebuah surau, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Haiqal Zarith Abdullah, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang juga seorang OKU bagi maksud seksual.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 5.30 petang di dalam tandas wanita di Surau Taman Bukit Larang Indah, dalam daerah Melaka Tengah pada 3 Jun lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama.

Azaraorni membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dan memerintahkan tertuduh untuk tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.



Beliau turut menetapkan tarikh 23 Julai ini sebagai sebutan semula kes.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button