Dua kelab Eropah inginkan Martial
Dua kelab Eropah inginkan Martial
ROM – Bekas penyerang Manchester United, Anthony Martial yang berstatus ejen bebas selepas kontrak di Old Trafford berakhir dilapor menjadi buruan dua kelab Eropah pada jendela perpindahan kali ini.
Martial menghabiskan masa selama sembilan tahun di Manchester dan membuat 300 penampilan serta meledak hampir 100 gol sepanjang tempoh berkenaam
Minat yang ditunjukkan Atalanta bermula selepas penyerang utama, Gianluca Scammaca terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) ketika aksi pramusim menentang Parma sebelum ini.
Laporan menyebut, pemain itu mungkin terpaksa disisihkan sehingga enam bulan menyebabkan nama Martial menjadi sebutan untuk menggalas tugas mengetuai jentera serangan pasukan itu pada musim baharu nanti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- HAMAS Umum Pengganti Ismail Haniyeh
- Isu Lawatan Pegawai Agama Islam Perak Ke Kuil: Mufti Terengganu Ada Jawapannya
- Muhyiddin yang memimpin PAS dalam PN
Bagaimanapun, Atalanta tidak berdepan tugas mudah apabila Lille juga cuba untuk meningkatkan prestasi bahagian serangan dengan membawa masuk Martial.
Pemain berusia 28 tahun itu dikatakan masih dalam tempoh percutian dan belum membuat sebarang keputusan dan tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan ketika beberapa pasukan dari Liga Bola Sepak Major (MLS) Amerika Syarikat dan kelab dari Emiriyah Arab Bersatu juga berminat. – AGENSI
Dua kelab Eropah inginkan Martial
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beza Antara Atlit Dengan Politikus
- MIC Akan Tinggalkan BN?
- Mahathir tak perlu cabar cari wang disembunyi, memadai lakukan lafaz sumpah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :