Rebut peluang pengukuhan RM

Rebut peluang pengukuhan RM

Rebut peluang pengukuhan RM

KITA perlu memahami dan memperbanyakkan pembacaan supaya kita boleh meletakkan suatu pengharapan yang realistik terhadap pergerakan mata wang ringgit ini.

RAKYAT Malaysia perlu cakna dan merebut pelbagai peluang daripada pengukuhan nilai ringgit pada masa ini berikutan ekonomi negara berpotensi untuk berkembang maju.



Ketua Penganalisis Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, peningkatan nilai ringgit menunjukkan ekonomi Malaysia berada pada asas baik seperti pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang stabil, kadar inflasi terkawal, dasar ekonomi berhemah serta dinamik.

“Sebelum ini, ramai yang agak kecewa dengan nilai ringgit yang semakin lemah. Jadi, kita perlu memahami dan memperbanyakkan pembacaan supaya kita boleh meletakkan suatu pengharapan yang realistik terhadap pergerakan mata wang ringgit ini.

“Banyak peluang disediakan kerajaan termasuk pendidikan dan latihan dalam pelbagai bidang, peluang keusahawanan dan pelbagai lagi bantuan yang seharusnya direbut segenap lapisan masyarakat,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS




Beliau mengulas mengenai realiti sebenar di sebalik pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Mengulas lanjut, Mohd Afzanizam berkata, peningkatan ringgit juga akan mengurangkan kos pengimportan sekali gus membawa potensi harga barangan lebih murah.

“Jika mereka mahu menaikkan penguasaan pasaran, antara strategi perniagaan yang boleh dilaksanakan adalah dengan memberi diskaun dan tawaran harga menarik.



“Memandangkan kos mengimport sudah dapat dijimatkan apabila ringgit mengukuh, ini membuka ruang kepada peniaga untuk menurunkan harga, namun keputusan ini tertakluk kepada budi bicara peniaga,” katanya.

Dari segi pelaburan pula, kejatuhan harga saham ini sepatutnya membuka ruang kepada pelabur untuk membeli saham yang berpotensi untuk naik pada masa akan datang.

“Tempoh masa pelaburan perlulah dalam tempoh sederhana bagi mendapat pulangan pelaburan yang lebih tinggi,” katanya.

Kelmarin, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menjelaskan prestasi ringgit dilaporkan berkata, pengukuhan ringgit berbanding dolar AS menunjukkan isyarat dasar yang dilaksanakan kerajaan selama ini berjaya.



Rebut peluang pengukuhan RM

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button