Pembantu tidur pekerjaan terbaru di China

Pembantu tidur pekerjaan terbaru di China

Pembantu tidur pekerjaan terbaru di China
GAMBAR hiasan. FOTO AFP

Beijing: Gara-gara terdapat individu mengalami masalah kurang tidur, munculnya kerjaya unik di China iaitu pembantu tidur yang mengenakan sejumlah bayaran bagi membantu penghidap insomnia untuk lena.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, individu yang mendapatkan perkhidmatan itu akan diajak berbual dalam keadaan yang menenangkan dan mendapat sokongan emosi sebelum tidur.

Pembantu tidur menawarkan perkhidmatan kepada golongan dewasa muda yang bergelut dengan budaya ‘996’, menuntut bekerja dari 9 pagi hingga 9 malam, tekanan perkahwinan enam hari seminggu dan tekanan hidup lain.



Pembantu tidur sambilan, Taozi, yang mempunyai pekerjaan tetap dengan gaji sederhana, beralih kepada kerjaya itu bagi menambah pendapatannya selepas merasai sendiri manfaat perkhidmatan itu.

Taozi memberitahu Guangzhou Daily, dia menawarkan perkhidmatan berkenaan untuk menguruskan kebimbangan yang tercetus selepas melihat rakan sebayanya di kampung halamannya berkahwin dan memulakan keluarga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS




“Membincangkan masalah peribadi yang sukar dikongsi dengan rakan dan keluarga dengan orang yang tidak dikenali mungkin cara terbaik untuk membuang emosi tidak baik.

“Sebaik sahaja emosi dijaga, orang ramai cenderung untuk tidur lebih lena,” kata Taozi.

Selepas menjadi pembantu tidur, Taozi mengikuti sembang kumpulan yang mana dia boleh menerima pesanan ketika masa lapangnya dan berkongsi keuntungan dengan platform itu.

“Dalam platform itu, pembantu tidur dikategorikan kepada peringkat seperti emas dan ketua, dengan peringkat yang lebih tinggi memperoleh lebih banyak. Seorang ketua pembantu tidur boleh meraih sehingga 260 yuan (kira-kira RM162) sejam.



“Manakala, pembantu tidur sepenuh masa meraih sehingga 30,000 yuan (kira-kira RM18,494) sebulan, beserta tips,” tambah Taozi.

Kebanyakan pelanggan Taozi adalah orang dewasa yang dilahirkan pada tahun 1990 hingga 2000.

Perkhidmatannya tamat apabila pelanggan tertidur.

Seorang tukang tidur dalam talian dikenali Sevenseven7 yang mempunyai lebih 2.6 juta pengikut di Douyin, terkenal dengan kisah imaginasinya sebelum tidur dan mendapat 480,000 tanda suka dalam salah satu hantaran videonya.



Pembantu tidur pekerjaan terbaru di China

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi



PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button