Gempa bumi mega: Permintaan kit bencana, barangan keperluan melonjak
Gempa bumi mega: Permintaan kit bencana, barangan keperluan melonjak
Tokyo: Pihak berkuasa Jepun menggesa orang ramai supaya tidak menyimpan stok barangan kerana kebimbangan mengenai kemungkinan gempa bumi yang menyebabkan permintaan bagi kit bencana dan keperluan harian lain melonjak.
Terdahulu agensi cuaca dalam berkata, gempa bumi lebih besar mungkin berlaku selepas gegaran berukuran 7.1 pada Khamis di selatan yang mengakibatkan 14 orang cedera.
Sebuah pasar raya di Tokyo, pada Sabtu, meletakkan papan tanda memohon maaf kepada pelanggan kerana kekurangan produk tertentu yang dikaitkan dengan, laporan media berkaitan gempa bumi.
“Potensi sekatan jualan sedang berlaku,” menurut papan tanda itu, sambil menambah air minuman dalam botol sudah dicatu kerana perolehan ‘tidak stabil.
Pada pagi Sabtu laman web gergasi e-dagang Jepun Rakuten menunjukkan tandas mudah alih, makanan yang diawet dan air botol mendahului senarai barangan yang paling dicari.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- HAMAS Umum Pengganti Ismail Haniyeh
- Isu Lawatan Pegawai Agama Islam Perak Ke Kuil: Mufti Terengganu Ada Jawapannya
- Muhyiddin yang memimpin PAS dalam PN
Beberapa peruncit di sepanjang pantai Pasifik juga melaporkan permintaan tinggi untuk bekalan berkaitan bencana, menurut laporan media tempatan.
Gegaran berukuran 5.3 menggegarkan kawasan Kanazawa berhampiran Tokyo pada Jumaat, menyebabkan amaran dikeluarkan menerusi telefon bimbit dan perkhidmatan kereta api peluru dihentikan seketika.
Kebanyakan ahli seismologi percaya gegaran pada Jumaat tiada kaitan langsung dengan gempa bumi besar Nankai Trough, memandangkan jaraknya.
Terdahulu, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran gempa bumi mega terhadap 707 daerah di 29 wilayah dari Okinawa hingga Ibraki selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda Mizayaki pada Khamis.
Menurut JMA, penduduk di sepanjang pantai Pasifik diminta untuk bersedia dengan senario gempa bumi mega pada minggu hadapan.
Ini adalah amaran pertama yang dikeluarkan sejak sistem amaran itu diperkenalkan pada November 2017.
Gempa bumi mega: Permintaan kit bencana, barangan keperluan melonjak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beza Antara Atlit Dengan Politikus
- MIC Akan Tinggalkan BN?
- Mahathir tak perlu cabar cari wang disembunyi, memadai lakukan lafaz sumpah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi
PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina