Minyak wangi premium untuk anjing

Minyak wangi premium untuk anjing

Minyak wangi premium untuk anjing
Fefé minyak wangi keluaran D&G yang khusus untuk anjing peliharaan. FOTO Agensi

Milan: Jenama fesyen terkemuka, Dolce & Gabbana (D&G) mencuri perhatian di media sosial susulan pelancaran minyak wangi premium khusus untuk anjing peliharaan.

Minyak wangi bebas alkohol baharu diberi nama ‘Fefé’, itu dilancarkan sebagai penghormatan kepada anjing peliharaan pemilik D&G, Domenico Dolce, yang menggunakan nama sama.

Minyak wangi itu dijual dengan harga $100 (kira-kira RM440) dan walaupun D&G menyatakan produk itu mengikut protokol Kosmetik Haiwan Peliharaan Selamat, ia tetap menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan doktor haiwan.



Harshitha Reddy, penganjur Petex India iaitu ekspo haiwan kesayangan B2B2C memberitahu India Today minyak wangi sentiasa menjadi sebahagian daripada industri penjagaan haiwan kesayangan dan ia bukan trend terkini.

“Kami pasti tidak mempunyai minyak wangi D&G untuk anjing sebelum ini, tetapi itu tidak bermakna semburan dan minyak wangi haiwan peliharaan tidak wujud sama sekali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS




“Deria bau anjing adalah penting, jadi perlu untuk mempertimbangkan kuantiti dan kekerapan apabila menggunakan produk sedemikian.

“Sama seperti kita menyembur diri minyak wangi, kita tidak sepatutnya melakukan perkara yang sama kepada haiwan peliharaan kita.

“Ia bukan sesuatu yang harus menjadi tabiat harian, tetapi cukup sekali-sekala, mungkin ketika keluar ,” kata Harshitha.

Sementara itu, Dr Manu Mishra dari Klinik Veterinar Dr Paw di Greater Kailash Delhi, berkata menggunakan minyak wangi anjing tidak memudaratkan jika mengingati ramuan dan tidak menjadikannya sebagai perkara biasa.



“Saya mengesyorkan minyak wangi berasaskan air. Ia tidak akan tahan lama mungkin sehingga empat jam tetapi lebih selamat. Kebanyakan minyak wangi mengandungi alkohol tidak sesuai untuk haiwan peliharaan.

“Produk yang berasaskan air dengan pengawet asas adalah lebih selamat untuk kegunaan sekali-sekala,” katanya.

Minyak wangi premium untuk anjing

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button