Uqasha Senrose Masih Belajar Jadi Ibu

“Biar Mak Macam Zombi, Asal Anak Wangi,” –

Uqasha Senrose Masih Belajar Jadi Ibu

Uqasha Senrose Masih Belajar Jadi Ibu

Pelakon, Uqasha Senrose mengakui banyak perubahan yang berlaku di dalam kehidupannya ketika ini selepas hampir tiga bulan bergelar ibu.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32 berkata, dia kini lebih memberikan tumpuan terhadap anaknya, Hawra Uqaira berbanding penampilan dirinya sendiri.



“Saya jadi tak kisah mengenai penampilan diri. Muka mak macam zombi pun tak mengapa asalkan anak wangi. Keutamaan saya memang pada anak seratus peratus.

“Fasal diri saya, saya tolak tepi dahulu. Datang majlis malam ini pun sebab permintaan Kamal. Kalau ikutkan saya mengantuk sebab tidur tidak cukup,” katanya kepada MH.

Isteri kepada pelakon Kamal Adli itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Tahluk: Lahad Datu yang berlangsung di GSC Midvalley, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Uqasha memaklumkan dirinya kini masih belum bersedia untuk kembali bekerja seperti biasa.

Uqasha Senrose Masih Belajar Jadi Ibu

“Buat masa sekarang, saya masih belum berani nak meninggal Hawra dan usianya baru masuk tiga bulan. Kalau dia sudah mencecah usia enam hingga tujuh bulan, mungkin ketika itu saya sudah berasa selesa sedikit.



“Mungkin saya akan bawa dia sekali ketika bekerja. Bagaimanapun, saya merasakan tubuh saya masih belum mengizinkan untuk bekerja.

“Malah badan saya juga masih agak berisi. Kata orang, beranak secara pembedahan ini, berat badan agak susah nak turun,” katanya.

Ditanya mengenai rutin penjagaan anak bersama suami, ini respon Uqasha;

Uqasha Senrose Masih Belajar Jadi Ibu



“Ia bergantung kepada situasi. Kalau Kamal ada acara atau penggambaran, saya akan menjaga Hawra sepanjang hari. Saya faham keadaan Kamal yang harus keluar bekerja.

“Hal yang bagus mengenai Kamal, bila sampai sahaja di rumah, perkara pertama yang dia buat adalah mencari anak dahulu. Dia pula ganti menjaga anak. Dia pun faham keadaan saya penat.

“Dia akan mandikan, pakaikan baju dan tidurkan. Walau sesibuk mana pun Kamal, dia akan tidurkan anak. Malah, dia yang paling pandai pakaikan bedung anak berbanding saya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Uqasha telah melahirkan cahaya mata sulung pada tanggal pada 27 April lalu.



Sekadar informasi, Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 November 2021.

Uqasha Senrose Masih Belajar Jadi Ibu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi



PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button