PM UK batal cuti bersama keluarga, fokus tangani rusuhan
PM UK batal cuti bersama keluarga, fokus tangani rusuhan
London: Perdana Menteri Britain Keir Starmer telah membatalkan rancangannya untuk bercuti ketika kerajaan terus memberi tumpuan kepada tindak balasnya berhubung kekacauan di negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Starmer dijangka memulakan percutian musim panas ke Eropah hujung minggu ini bersama keluarganya.
Namun, difahamkan bahawa beliau akan bekerja dari pejabatnya di No. 10 Downing Street di London dan kediaman rasmi perdana menteri, Chequers pada hujung minggu ini dan minggu depan, menurut agensi berita PA.
Pada Jumaat, Starmer menegaskan bahawa polis perlu kekal dalam “keadaan berjaga-jaga” pada hujung minggu ini.
Beliau memberitahu media bahawa tindak balas polis telah diperhebatkan selepas beberapa hari kekacauan dan mempercepatkan kes melalui mahkamah, tetapi mesejnya adalah untuk kekal “berjaga-jaga” bagi memastikan “komuniti di Britain selamat dan terjamin serta berasa selamat.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- HAMAS Umum Pengganti Ismail Haniyeh
- Isu Lawatan Pegawai Agama Islam Perak Ke Kuil: Mufti Terengganu Ada Jawapannya
- Muhyiddin yang memimpin PAS dalam PN
Lebih ramai individu dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu berhubung protes baru-baru ini ketika penunjuk perasaan anti-perkauman berkumpul di bandar-bandar, termasuk Belfast dan Edinburgh.
Beribu-ribu penunjuk perasaan anti-perkauman turut berkumpul di luar ibu pejabat Reform UK di London.
PM UK batal cuti bersama keluarga, fokus tangani rusuhan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beza Antara Atlit Dengan Politikus
- MIC Akan Tinggalkan BN?
- Mahathir tak perlu cabar cari wang disembunyi, memadai lakukan lafaz sumpah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi
PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina