Pelajar Universiti Harvard bolot tiga emas Olimpik

Pelajar Universiti Harvard bolot tiga emas Olimpik

Pelajar Universiti Harvard bolot tiga emas Olimpik
GABBY berjaya memenangi pingat emas acara 200m, 4x100m dan 4x400m buat AS di pentas Olimpik Paris. – AFP

PARIS – Bintang olahraga Amerika Syarikat (AS), Gabrielle Thomas layak dianggap sebagai pelari pecut wanita terbaik negara itu selepas memenangi tiga pingat emas di pentas Sukan Olimpik Paris 2024.

Atlet yang mesra disapa Gabby itu membantu kuartet 4×400 meter (m) wanita AS meraih pingat emas dengan catatan masa tiga minit 15.27 saat (s) pada aksi final di Stade de France, Saint-Denis awal pagi semalam.

Ia adalah emas ketiga buatnya dalam edisi kali ini selepas terdahulu menjuarai 200m menerusi catatan 21.83s sebelum membantu AS mengungguli acara 4x100m bersama Melissa Jefferson, Twanisha Terry dan Sha’Carri Richardson dengan masa 41.78s.



“Jujurnya saya mengimpikan kejayaan ini tetapi saya tidak sangka ia boleh direalisasikan. Edisi sebelum ini saya cuma meraih satu perak dan satu gangsa tetapi kali ini saya membawa pulang tiga emas.

“Pengorbanan ini sangat berbaloi kerana saya pernah terdetik mahu meninggalkan sukan olahraga pada satu ketika dahulu,” kata bekas graduan Universiti Harvard dalam jurusan neurobiologi dan kesihatan global sebelum melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Epidemiologi di Pusat Sains Kesihatan, Universiti Texas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS




Menariknya, Gabby yang bergandingan dengan juara Olimpik 400m wanita, Sydney McLaughlin-Levrone, Shamier Little dan Alexis Holmes turut memecahkan rekod benua Amerika dan hampir berjaya memadam rekod Olimpik DICIPTA Kesatuan Soviet pada 1988.

Pingat perak acara itu dimenangi kuartet Belanda dibarisi Femke Bol, Lieke Klaver, Cathelijn Peeters dan Lisanne de Witte dengan catatan 3:19.50s yang merupakan rekod baharu negara berkenaan.

Gangsa menjadi milik Great Britain diwakili Victoria Ohuruogu, Laviai Nielsen, Nicole Yeargin dan Amber Anning menerusi masa 3:19.72s yang juga rekod baharu negara itu. – AGENSI

Pelajar Universiti Harvard bolot tiga emas Olimpik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button