Bintang Liverpool tak jadi ke Barcelona

Bintang Liverpool tak jadi ke Barcelona

Bintang Liverpool tak jadi ke Barcelona
DIAZ dijangka memainkan peranan penting buat Liverpool selepas spekulasinya menyertai Barcelona dikatakan telah tertutup. – AFP

LONDON – Pemain sayap Liverpool, Luiz Diaz dijangka kekal di Anfield selepas tamat jendela perpindahan musim panas ini setelah Barcelona dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk menandatangani bintang Sepanyol, Dani Olmo dari RB Leipzig.

Penyerang Sepanyol itu kini semakin hampir untuk kembali ke tanah airnya dengan laporan mendedahkan Barcelona mencapai perjanjian mengenai perpindahan bernilai €62 juta (RM298.83 juta) baru-baru ini.

Ia selepas Barcelona dikatakan telah mengenal pasti Olmo sebagai alternatif lebih murah dan realistik berbanding rakan sepasukannya dalam skuad Sepanyol iaitu Nico Williams.



Terdahulu, Barcelona dikatakan berminat untuk menandatangani Diaz pada musim panas ini selepas pemain Colombia itu menjadi pilihan utama untuk memperkukuh serangan pasukan kendalian Hansi Flick.

Bagaimanapun, selepas Barcelona mengalami masalah kewangan baru-baru ini, usaha untuk mendapatkan Diaz menemui jalan buntu meskipun mereka telah menjual Raphinha untuk menjana sebahagian besar dana yang diperlukan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS




Musim lalu, Diaz telah mencatat 13 gol dan lima bantuan jaringan dalam semua perlawanan musim lalu sekali gus menjadikannya aset penting biarpun kini Liverpool di bawah pengurusan pengurus baharu, Arne Slot.

Meskipun timbul persoalan mengenai sumbangan keseluruhan Diaz bersama Liverpool, namun banyak pihak gembira dengan perkembangan bahawa dia akan kekal bersama The Reds dan mengharapkan pemain sayap itu terus mempamerkan persembahan terbaik musim ini. – AGENSI

Bintang Liverpool tak jadi ke Barcelona


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button