NDT Instruments rancang bekal mesin CBRNe

NDT Instruments rancang bekal mesin CBRNe

NDT Instruments rancang bekal mesin CBRNe
ZULFAHMY Awaldin (kanan) menunjukkan beberapa mesin dan peralatan yang dibekalkan kepada sektor O&G serta pembuatan. FOTO Faiz Anuar

Shah Alam: NDT Instruments Sdn Bhd, syarikat yang memfokus sistem Ujian Tanpa Musnah (NDT) dan Jaminan Kualiti & Medan Kawalan (QA/QC) tempatan merancang untuk membekalkan produk terbaharunya, alat mengesan bagi ancaman kimia, biologi, radiologi, nuklear dan letupan (CBRNe).

Pengurus Besarnya, Zulfahmy Awaldin berkata, NDT Instruments beroperasi sejak 1995 yang membekalkan produk NDT berkualiti, penyelenggaraan, pembaikan dan perkhidmatan selepas jualan terutama dalam sektor minyak dan gas (O&G) serta pembuatan.

Katanya, sektor pertahanan juga satu cabang industri NDT dan pihaknya mempunyai pelanggan dalam bidang keselamatan untuk alat pengesanan bom atau periuk api.



“Industri NDT ini luas yang mana ujian tanpa musnah ini teknik pengujian dan analisis yang digunakan oleh industri dalam menentukan ciri-ciri pada bahan, komponen, struktur atau sistem daripada perbezaan karakter atau kecacatan kimpalan.

“Kepakaran kami pada kajian dan pendidikan (R&E) dengan yang terbaharu akan membekalkan mesin CBRNe termasuk untuk sektor swasta apabila kami akan mengadakan jerayawara bagi memberi kesedaran keselamatan dalam negeri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS




“Bagaimanapun, setakat ini kira-kira 70 peratus permintaan produk NDT daripada sektor O&G diikuti perkilangan (20 peratus) dan selebihnya perubatan serta pertahanan.

“Sebelum ini kita ke arah pengesanan nuklear untuk memeriksa keselamatan di seluruh persekitaran, namun kini alat pengesanan CBRNe lebih menyeluruh jadi kita dapat mengesan lebih awal jika ada serangan kimia,” katanya.

Menurutnya, syarikat juga membekalkan alat pemantauan radiasi yang kini sudah diguna pakai di hospital kerajaan, Institut Kanser Negara (IKN) dan terbaru Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Beliau berkata, bergerak ke hadapan pihaknya komited menjadi pembekal NDT terkemuka di rantau Asean menyediakan pemeriksaan, jaminan kualiti dan peralatan berkaitan kawalan paling boleh dipercayai pada kos efektif.



“Kami turut menerima permintaan dari luar negara dan cawangan NDT Instruments kami di Miri, Sarawak untuk menjaga pasaran di Borneo.

“Selain itu, kami juga memiliki cawangan di Vietnam, Thailand, Indonesia, Filipina, Australia dan Brunei,” katanya.

NDT Instruments rancang bekal mesin CBRNe

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button