Hidup rundingan berkaitan MEUFTA

Hidup rundingan berkaitan MEUFTA

Hidup rundingan berkaitan MEUFTA
HUBUNGAN perdagangan antara EU dan Malaysia adalah penting manakala 27 negara anggota EU pada masa ini sumber utama pelaburan langsung asing ‘walaupun tidak mempunyai FTA.’ FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Michalis Rokas yakin bahawa keputusan untuk menghidupkan semula rundingan berkaitan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU (MEUFTA) yang tertangguh akan dilaksanakan.

“Selepas memulakan penilaian semula tahun lepas, keputusan untuk menyambung kembali rundingan berkaitan MEUFTA mungkin mengambil masa, dengan tempoh maksimum beberapa bulan,” katanya yang akan menggalas tugas baharu di Macedonia Utara pada 1 Sept 2024, selepas empat tahun berkhidmat di Malaysia.

Rundingan mengenai FTA dimulakan pada Oktober 2010 yang membabitkan lapan pusingan rundingan sehingga September 2012, namun ditangguhkan berikutan keraguan Malaysia dalam beberapa aspek seperti minyak sawit, dasar perolehan, subsidi dan klausa kemampanan EU.



Menurut Rokas, hubungan perdagangan antara EU dan Malaysia adalah penting manakala 27 negara anggota EU pada masa ini adalah sumber utama pelaburan langsung asing ‘walaupun tidak mempunyai FTA.’

“Faktor ini, di samping pengeluar serta sektor perniagaan Eropah dan Malaysia yang inginkan perjanjian, menjadikannya sebab kukuh untuk memulakan semula rundingan MEUFTA yang terbantut,” katanya di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggiatkan semula rundingan MEUFTA yang tertangguh selepas mengetuai misi perdagangan dan pelaburan yang membuahkan hasil ke Jerman pada Mac lalau, menyatakan Malaysia bersetuju menghidupkan semula rundingan mengenai pakatan perdagangan bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan integrasi serantau.

“Terdapat potensi besar yang belum diteroka dan ini (MEUFTA) sesuatu aspek yang sepanjang empat tahun saya berkhidmat, saya telah usahakan untuk ditekankan semula dan menyambung kembali rundingan,” kata Rokas.

Sokongan hampir sebulat suara mengenai perkara ini diterima bukan sahaja daripada perniagaan EU yang beroperasi di Malaysia, industri EU dan Dewan Perniagaan Eropah, malah apa yang lebih penting adalah dorongan daripada perniagaan Malaysia yang beroperasi di sini, termasuk Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

“Jika kita menyambung semula (rundingan), kita boleh memuktamadkan segera. Kita perlu menumpukan perhatian serius mengenainya kerana kita tidak perlu membuang masa dan banyak cabaran wujud di peringkat global,” katanya.



Beliau mengakui pastinya terdapat isu sensitif antara Malaysia dan EU.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu Tersasul Zahid Yang Di Polemikkan


“Tetapi yakinlah bahawa negara yang melakukan rundingan FTA dengan EU melihat manfaat pada akhir rundingan dan FTA yang terhasil adalah transformasi untuk ekonomi negara berkenaan,” kata beliau.



Malah, Rokas berkata, Vietnam, sebuah republik sosialis dengan sistem satu parti yang diketuai oleh Parti Komunis, mencatat peningkatan satu pertiga bagi jumlah dan nilai perdagangan berikutan FTA dengan EU.

“Saya menjangkakan jumlah dan nilai perdagangan antara Malaysia dan EU adalah lebih tinggi berikutan FTA akan membuka potensi yang kita (Malaysia-EU) ada.

“Pada akhirnya, kesemuanya fleksibel serta tidak tetap dan boleh disesuaikan,” katanya.

Menurut data EU, perdagangan dua hala antara Malaysia dan EU berjumlah 44.7 bilion euro (RM218.14 bilion) pada 2023, menjadikan EU sebagai rakan dagang keempat terbesar Malaysia selepas China, Singapura dan Amerika Syarikat.



Perdagangan antara EU dan Malaysia didominasi oleh produk perindustrian, jentera dan perkakasan.

Selain jentera dan perkakasan, EU mengimport terutamanya lemak dan minyak haiwan dan sayuran termasuk minyak sawit, produk kimia serta alat optik dan fotografi serta mengeksport produk kimia.

Hidup rundingan berkaitan MEUFTA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button