Malaysia boleh main peranan dalam jaminan rantaian bekalan global – Tengku Zafrul

Malaysia boleh main peranan dalam jaminan rantaian bekalan global – Tengku Zafrul

Malaysia boleh main peranan dalam jaminan rantaian bekalan global - Tengku Zafrul
Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. FOTO AIZUDDIN SAAD

Kuala Lumpur: Malaysia, sebagai kuasa pertengahan dunia, boleh memainkan peranan dalam jaminan rantaian bekalan global di tengah-tengah pertelagahan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ini boleh dilakukan terutamanya menerusi sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan tenaga boleh baharu (TBB).

Di peringkat global, katanya, pelabur dalam industri seperti kenderaan elektrik (EV) dan tenaga solar menumpukan untuk mendapatkan barangan perdagangan yang sensitif.



“Kemunculan rantaian bekalan yang bersaing, dan usaha kedua-dua negara (AS dan China) untuk memisahkan ekonomi antara satu sama lain, telah membentuk semula dinamik perdagangan dan pelaburan antarabangsa,” katanya menerusi ucap tama beliau pada Persidangan ISIS PRAXIS 2024 ,di sini, hari ini.

Mengenai usaha untuk mendepani ketidaktentuan ini, Tengku Zafrul berkata Malaysia perlu memahami bahagian yang jelas dalam ekosistem teknologi global penting bagi menjadikan negara sebagai destinasi pelaburan pilihan, terutamanya untuk semikonduktor.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Menang, Tanah Hilang




“Inisiatif ‘Made in China 2025’ China bertujuan untuk mewujudkan penguasaan dalam teknologi penting seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, TBB, EV, aeroangkasa dan bioteknologi. Sebagai tindak balas, AS telah mengehadkan eksport kritikal dan pelaburan inovasi domestik melalui inisiatif seperti Akta CHIPS.

“Akibatnya, sebagai langkah pengurangan risiko, ramai pelabur mencari kepelbagaian merentas wilayah dan sektor. Kebimbangan terhadap keselamatan dan pergantungan berlebihan telah menyebabkan kedua-dua ekonomi dan rakan serantau mereka lebih banyak melabur dalam rantaian bekalan teknologi saingan yang berasingan,” katanya.

Tengku Zafrul berkata di tengah-tengah Perang Dingin Teknologi hari ini terdapat perebutan untuk mendapatkan rantaian bekalan semikonduktor, dan sektor semikonduktor Malaysia yang telahpun mencecah usia 50 tahun meletakkan negara di kedudukan yang sangat baik untuk meraih peluang sedemikian.

“Inilah sebabnya kita memperkenalkan Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS) untuk membawa pengeluar semikonduktor kita ke peringkat rantaian nilai global yang lebih tinggi dan mengeksport lebih banyak produk bernilai lebih tinggi.



“Kita telahpun menerima pelabur global seperti Infineon, Intel dan Texas Instruments yang meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia berikutan rantaian bekalan teknologi kita yang cekap.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina




“Ketika teknologi terus berkembang, pelabur juga mempertimbangkan potensi transformatif teknologi baru muncul seperti kecerdasan buatan (AI) generatif,” katanya.

Justeru, Tengku Zafrul berkata, Malaysia juga sedang giat menarik pelaburan dalam aset berkaitan seperti robotik, pembekal logistik dikuasakan AI dan hartanah industri.

“Tidak diragui lagi industri semikonduktor merupakan tulang belakang kepada teknologi terbesar hari ini, termasuk AI, kenderaan elektrik dan automasi kilang. Ia juga penting dalam menjamin kemakmuran ekonomi dan keselamatan negara bagi kuasa besar teknologi seperti China dan AS, terutamanya kerana Taiwan masih mendominasi pembuatan semikonduktor seluruh dunia,” katanya.



Menurutnya, penganalisis menganggarkan inisiatif seperti Akta CHIPS, mungkin menyuntik kira-kira US$100 bilion ke dalam industri semikonduktor di seluruh AS, Eropah serta Asia dan Malaysia yang mempunyai kapasiti industri, rekod prestasi serta peraturan undang-undang berpotensi untuk merebut peluang itu.

“Malaysia boleh menjadi ‘broker kuasa pertengahan’ untuk menyokong jaminan rantaian bekalan teknologi global.

“Inilah sebabnya mengapa NSS memperuntukkan lebih RM25 bilion bagi dekad akan datang untuk mengukuhkan sektor semikonduktor Malaysia melalui pembangunan bakat, inisiatif yang disasarkan untuk syarikat tempatan, dan insentif untuk menggalakkan pelaburan dalam aktiviti front-end bernilai tambah tinggi.

Beliau berkata selain usaha dalam pembangunan bakat mahir, Malaysia juga perlu menggunakan penyelesaian dipacu data, oleh itu, penggubal dasar seperti MITI perlu terus mengambil langkah yang strategik, berhemat dan responsif.



 

Malaysia boleh main peranan dalam jaminan rantaian bekalan global – Tengku Zafrul

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button