Aniq tebus kekecewaan Paris 2024, raih emas di Fiji
Aniq tebus kekecewaan Paris 2024, raih emas di Fiji
Kuala lumpur: Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan menebus kekecewaannya di Sukan Olimpik Paris 2024, apabila merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Lebih manis, badang berusia 22 tahun itu turut melebur rekod kebangsaan selepas menyempurnakan angkatan keseluruhan 298kg, mengatasi angkatan 297kg ketika menamatkan saingan di kedudukan keempat di Paris 2024.
Pingat perak dimenangi Morea Baru dari Papua New Guinea dengan angkatan keseluruhan 265kg manakala gangsa milik seorang lagi badang negara Mohammad Amin Hakimi Mohd Shukry dengan angkatan 243kg.
Seorang lagi wakil negara Muhammad Rahimi Sulaiman turut menyumbang pingat emas dalam kategori 55kg selepas melakukan angkatan keseluruhan 228kg.Dia menewaskan dua pencabar dari India, A Maharajan yang membawa pulang perak (217kg) dan Dabulal Hembrom gangsa (202kg).
Kejohanan yang disertai 210 jaguh angkat berat dari 25 negara bermula hari hingga 21 September.
Aniq tebus kekecewaan Paris 2024, raih emas di Fiji
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden PAS Yang ‘Berakhlak Tinggi’
- ‘Jasa’ Radzi Jidin Kepada Generasi Muda
- PAS parti tidak beradab, sendiri buat tawaran sendiri bagi syarat.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :