Joshua dedah rahsia berbekam

Joshua dedah rahsia berbekam

Joshua dedah rahsia berbekam
JOSHUA akui berbekam banyak membantunya meregangkan bahagian otot yang bermasalah. -FOTO X

Paris: Anthony Joshua membongkar rahsia di sebalik video viral yang menunjukkan dia menerima terapi bekam ketika dia bersiap untuk pertarungan heavyweightnya menentang Daniel Dubois.

Petinju Britain itu kini sedang berusaha untuk menjadi juara dunia tiga kali apabila dia akan bertemu rakan senegaranya dan juara dunia IBF ketika ini, Dubois, di Wembley Sabtu ini.

Petinju heavyweight ini melakukan persiapan rapi untuk pertarungan itu termasuk sesi terapi bekam yang kelihatan mengerikan dan ia menjadi viral di media sosial.



Terapi alternatif ini memerlukan sedutan pada kulit menggunakan cawan silikon panas yang menyebabkan pengumpulan darah terbentuk apabila cecair ditarik dari kawasan itu

Amalan itu dikatakan dapat meningkatkan aliran darah di kawasan yang terjejas dan boleh membantu menangani keletihan otot serta mengurangkan kesakitan dan keradangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0




Walaupun AJ menerima bahawa tidak semua orang menyukai rawatan itu, petinju berusia 34 tahun itu menegaskan bahawa ia sangat bermanfaat dalam membantunya kekal segar semasa kem latihan.

“Setiap orang mungkin mempunyai pendapat berbeza tentang bekam. Tetapi apa yang saya gunakan adalah untuk kebaikan saya.

“Bahagian bahu, dada dan di bahagian hadapan tidak selesa. Agak ‘ketat’ di bahagian itu.

“Cawan-cawan ini menarik kulit ke dalam dan ia meregangkan semua kulit serta fascia. Apabila ia ketat, ia menyekat pergerakan saya dan sekarang saya perlu menggerakkan tangan saya melalui gerakan tertentu,” katanya kepada Sky Sports.



Joshua dedah rahsia berbekam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button