Alcaraz-Zverev kecundang

Alcaraz-Zverev kecundang

Alcaraz-Zverev kecundang
ALCARAZ-ZVEREV tewas dalam saingan Piala Laver. -FOTO AFP

Berlin: Carlos Alcaraz mengalami kekalahan pada penampilan pertamanya di Piala Laver apabila dia dan rakan pasukannya dari Pasukan Eropah, Alexander Zverev tewas kepada pasangan dari Pasukan Dunia, Taylor Fritz dan Ben Shelton.

Kemenangan pasangan AS 7-6 (7/5), 6-dalam perlawanan terakhir pada hari pembukaan di Berlin membolehkan Pasukan Dunia menyamakan kedudukan keseluruhan kepada 2-2.

Fritz dan Shelton meraih 20 mata kemenangan menentang Zverev yang berada di ranking kedua dunia dan Alcaraz ketiga dunia.



“Kami berdua melakukan servis dengan sangat baik biarpun berada di bawah tekanan.

“Ben melakukan servis yang luar biasa, jadi saya tidak perlu melakukan sebarang voli itu sangat penting,” kata Fritz yang bermain untuk pertama kalinya sejak muncul naib juara tewas kepada Jannik Sinner dalam final Terbuka AS di New York 12 hari lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi




Jumaat lalu, Francisco Cerundolo dari Argentina menewaskan Casper Ruud 6-4, 6-4 sebelum Stefanos Tsitsipas menyamakan kedudukan Pasukan Eropah dengan menewaskan Thanasi Kokkinakis dari Australia 6-1, 6-4.

Grigor Dimitrov kemudian memberikan kelebihan kepada Eropah dengan kemenangan 7-6 (7/4), 7-6 (7/2) ke atas Alejandro Tabilo.

Akan ada tiga perlawanan perseorangan dan satu perlawanan beregu di Berlin selepas ini.

Pasukan Dunia kini berusaha untuk meraih kemenangan Piala Laver ketiga berturut-turut tahun ini selepas menang di London pada 2022 dan Vancouver tahun lalu.



Alcaraz-Zverev kecundang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button