USTAZ ABU SYAFIQ TAMPIL NAFI HINA USTAZ EBIT LEW: “ITU FITNAH JAHAT…”

“Saya lakukan Akuan Bersumpah ini kerana terdapat beberapa pihak yang menggunakan akaun palsu serta pihak yang tidak bertanggung jawab terus memfitnah saya. Pemfitnah telah memfitnah saya kononnya saya menghina kerja amal Ustaz Ebit Lew dan kafirkan beliau serta Menteri Agama. Wallahi demi Allah itu adalah fitnah yang berat.

“Saya tidak pernah hina kerja amal Ustaz Ebit Lew dan tidak pernah kafirkan beliau dan Menteri Agama. Itu fitnah jahat ke atas saya,” demikianlah kata pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq yang menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mengaitkan dirinya dengan pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menerusi sekeping surat akuan berkanun, Abu menyatakan dia tidak pernah menghukum sesat atau menghukum kafir ke atas Zulkifli. Malah tegas Abu, dia tidak menghina kerja amal baik yang dilakukan oleh Ebit.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Tambah Abu, laporan polis serta aduan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah dibuat ke atas individu yang cuba menjatuhkan reputasi dirinya.

“Saya sudah buat laporan polis, aduan ke SKMM, tindakan saman mahkamah ke atas beberapa pihak yang saya kenali namun akaun yang palsu serta laman yang tidak dikenali saya belum dapat membuat tindakan dalam kadar segera sedangkan fitnah ini berluas-luasan. Semoga Allah membalas para penfitnah dengan balasan segera dan setimpal,” tulisnya lagi.



Image_3.jpg

KERJA AMAL – USTAZ EBIT LEW AKUI MEMANG SENGAJA MENUNJUK-NUNJUK TAPI BERSEBAB



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button